Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana negeri yang diperintah pembangkang untuk melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) setakat ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata walaupun ikrar itu hanyalah inisiatif untuk kerajaan negeri menunjukkan komitmen mereka memerangi rasuah, pihaknya sangat menggalakkan agar semua kerajaan negeri melaksanakannya.
"Ini hanya inisiatif kerajaan negeri masing-masing. SPRM tak pernah minta untuk semua negeri melakukannya. Kerajaan negeri datang kepada kita dan mohon saya hadir menyaksikan majlis tersebut.
"Kalau ada permohonan (dari negeri diperintah pembangkang), insya-Allah kita akan pergi. Memang kita galakkan semua negeri tersebut mengangkat ikrar ini untuk tunjuk keikhlasan dan ketulusan mereka membanteras rasuah, ia bergantung kepada kepimpinan tertinggi dalam negeri itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan sembilan exco melafaz serta menandatangani ikrar itu di sini hari ini.
Terengganu adalah negeri ketujuh yang melafaz serta menandatangani IBR selepas Sarawak, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak sesekali akan berkompromi dan bertolak ansur dengan mana-mana salah laku membabitkan rasuah dalam kalangan pemimpin atau penjawat awam di negeri ini.
"Ini bersesuaian dengan prinsip keempat yang perlu diterjemahkan dalam Transformasi Terengganu Baharu iaitu Prinsip Integriti - bersih luaran dan dalaman.
"Kita akan beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM apabila diperlukan. Setakat ini, Terengganu tidak ada apa-apa, alhamdulillah," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2017

Ahmad Razif menandatangani IBR pada majlis Menandatangani IBR Pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman hari ini, sambil disaksikan Dzulkifli (kanan). --fotoBERNAMA
Thailand, China, Myanmar kerjaasma tangani jenayah rentas sempadan
Thailand akan mengadakan perbincangan tiga pihak bersama China dan Myanmar untuk menangani jenayah rentas sempadan.
Pemukiman Menteri Ekonomi fokus pengukuhan integrasi dagangan
Pengukuhan integrasi ekonomi serantau menjadi agenda utama Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN tahun ini.
Meta Platforms dilapor bangunkan projek bernilai 200 bilion dolar
Meta Platforms dalam perbincangan membangunkan pusat data baharu bagi projek kecerdasan buatannya bernilai lebih 200 bilion Dolar.
Japan Post rancang jual pegangan dalam Japan Post Bank
Japan Post Holdings merancang menjual sahamnya dalam Japan Post Bank dianggarkan berjumlah kira-kira 600 bilion Yen bersamaan 4.02 bilion dolar Amerika.

Kes bunuh penyanyi: Bedah siasat temui 14 kesan tikaman, termasuk 5 di dada
Polis mengesahkan terdapat 14 kesan tikaman, termasuk satu yang menembusi pembuluh darah utama, pada mayat penyanyi sambilan yang dipercayai dibunuh oleh teman lelakinya di Melaka.
Pasaran harta tanah 2024 rekod prestasi luar biasa
Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad.
Maybank yakin pertumbuhan malaysia signifikan
Dalam sidang media berkaitan, presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Datuk Khairussaleh Ramli berkata Malaysia bakal merekodkan pertumbuhan signifikan bagi tahun 2025.
BPMB sedia pembiayaan projek rumah mampu milik di Pulau Pinang
Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
Pemberhentian Khalijah tidak jejas keyakinan pelabur, pemegang taruh
Dalam pada itu, Datuk Khairussaleh berkata, penamatan khidmat Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Maybank Khalijah Ismail tidak akan menjejaskan keyakinan pelabur dan pemegang taruh.
Maybank catat rekod keuntungan bersih RM10.09 bilion
Kumpulan Maybank mengumumkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 7.9 peratus kepada rekod RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Bekas Pesuruhjaya SPRM 'intai' kerusi Parlimen Tasek Gelugor?
Tan Sri Dzulkifli Ahmad dikhabarkan akan bertanding di kerusi Parlimen Tasek Gelugor pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dzulkifli Ahmad tidak tolak kemungkinan sertai parti politik
Bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad tidak menolak kemungkinan menyertai mana-mana parti politik.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak tolak bertanding PRU15
Jika rakyat Tasek Gelugor mahu beliau bertanding, Dzulkifli bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.

Perbicaraan SRC: Wang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bawa maksud kesalahan - Saksi
Saksi memberitahu, wang yang masuk ke akaun Najib tidak semestinya bermaksud satu kesalahan, jika dia tidak mengetahui mengenainya.

Pendedahan audio: Latheefa gembira dengan komitmen pihak polis
Latheefa Koya harap polis percepatkan siasatan berhubung rakaman audio yang dipercayai membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Bila saya tengok benda tu rasa macam nak nangis" - Transkrip perbualan dipercayai antara Dzulkifli Ahmad dan Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad bersama-sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"You are the Prime Minister, you should take charge ..." - Audio rakaman dipercayai mirip suara Rosmah, Najib
Berikut transkrip perbualan yang dipercayai antara Najib Razak dan Rosmah Mansor berdasarkan rakaman perbualan yang didedahkan oleh SPRM.

SPRM dedahkan 9 rakaman audio 'mengejutkan' tentang dakwaan konspirasi
Klip audio berkaitan perbualan melibatkan isteri Najb, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas ketua SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, seorang tokoh asing dan beberapa individu lain.

9 rakaman dakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi didedah oleh SPRM
SPRM dedah sembilan set rakaman percakapan selama 45 minit yang didakwa konspirasi jenayah pada peringkat tertinggi.

Siasatan pinda laporan audit 1MDB dijangka siap sebelum akhir tahun
SPRM menjangkakan kertas siasatan laporan Jabatan Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Peguam Negara.