KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata tidak akan ada rundingan secara terus kepada mana-mana pihak dalam pelaksanaan pelan pengurusan bencana banjir jangka panjang sehingga tahun 2100.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata pelaksanaan pelan yang membabitkan unjuran perbelanjaan hampir RM297 bilion itu mesti diberi kepada syarikat yang layak serta mampu melaksanakannya.
"Ini adalah satu jumlah yang besar dan jangan harus ada rundingan terus, bukannya untuk individu atau ahli-ahli politik yang mempunyai kepentingan untuk sesuatu syarikat itu," katanya ketika menjadi tetamu Naratif Khas Bersama Timbalan Perdana Menteri terbitan RTM, malam ini.
Ahmad Zahid berkata beliau tidak menyentuh mana-mana pihak dalam perkara berkenaan namun menegaskan permasalahan rakyat yang sering menghadapi banjir serta bencana lain di negara ini perlu diselesaikan.
"(Begitu juga) isu tanah runtuh, berlaku hakisan di pantai, hakisan di tebing bukit dan gunung, berlaku juga masalah penggondolan di kawasan-kawasan tadahan hujan, penarahan kawasan yang tidak sepatutnya ditarah untuk pembangunan, ini harus diselesaikan.
"...termasuk (isu) pemanasan global apabila ozon semakin nipis dan kepanasan itu berlebihan dan perkara ini harus diatasi, itulah soal iklim dan alam sekitar juga harus diambil kira dalam hal bencana negara ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata pelan jangka panjang yang telah dirancang agensi dan jabatan tertentu itu turut merangkumi pelan mitigasi banjir sama ada di kawasan Pantai Timur atau lokasi bandar yang tidak sepatutnya berlaku banjir.
"Itulah dipanggil pengurusan banjir...ertinya langkah-langkah segera perlu dilakukan termasuklah Smart City di mana berlaku banjir kilat (misalnya) di Kuala Lumpur suatu ketika, ada Terowong SMART dan harus ada banyak lagi Terorwong SMART di bandar-bandar lain.
"Pada waktu sama, di kawasan-kawasan Shah Alam baru-baru ini berlaku banjir, bukan banjir kilat, bagi saya ia (kerana) pengurusan saliran di kawasan bumi yang indah itu. Jadi, ia mesti tidak hanya mengorek sungai yang ada tetapi mesti ada satu pelan tentang bagaimana air berlebihan disebabkan hujan harus diletakkan di Terowong SMART dan dilepaskan pada musim kering," katanya.
Pada 15 Dis lepas, Ahmad Zahid berkata kerajaan akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah bah di negara ini sehingga tahun 2100 dengan perancangan yang akan dilakukan secara berfasa di kawasan yang sering mengalami banjir serta limpahan hujan.
Mengenai kos sara hidup, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan dan Pemantauan Kos Sara Hidup berkata kerajaan menggariskan tiga keutamaan dalam menjamin kehidupan rakyat iaitu makanan yang harus dihidangkan untuk seisi keluarga, kebolehmampuan dan kuasa beli seseorang dan isu berkaitan perumahan.
"Apa kerajaan lihat bukan hanya soal tarif elektrik sebagai satu elemen penting dan bukan sahaja soal harga telur, ayam, ikan dan sayur tetapi kita mesti lihat subsidi bukan hanya satu jalan penyelesaian tetapi kita mesti juga melihat subsidi secara bersasar.
"Perlu juga lihat bagaimana kos pengeluaran harus dikurangkan, bagaimana tarif elektrik harus dibuat secara bersasar, bagaimana perimbangan harus ada supaya tiada atap genting atap rumbia, maknanya berlaku satu jurang pendapatan terlalu besar sehingga melibatkan kesejahteraan tidak dapat diwujudkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Zahid berkata pelaksanaan pelan yang membabitkan unjuran perbelanjaan hampir RM297 bilion itu mesti diberi kepada syarikat yang layak serta mampu melaksanakannya. - Gambar/ Bernama
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
'Soal Guan Eng dan Zahid hanya isu kecil, kita redakan' - Anwar
Konflik berbangkit antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hanya isu kecil.
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kesiapsiagaan hadapi banjir di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata, seramai 82,794 pegawai dan anggota diatur gerak bagi menghadapi banjir di beberapa negeri terjejas khususnya di Pantai Timur.
Malaysia patut amal sistem dua parti, elak perpecahan - Tun M
Malaysia perlu mengamalkan sistem dua parti bagi memastikan tiada lagi polemik politik berlaku sehingga menyebabkan kejatuhan pentadbiran sesebuah kerajaan.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
MIHAS@Dubai capai kejayaan luar biasa, catat jualan RM500 juta hari pertama
MIHAS@Dubai yang julung kali diadakan dari 18 hingga 20 November 2024 menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia.
Universiti AI Mohamed bin Zayed, UniKL bakal berkolaborasi bangunkan fakulti AI di Malaysia
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan mendapat kerjasama Mohamed bin Zayed Universiti of Artificial Intelligence bagi membangunkan fakulti kecerdasan buatan (AI).
Penganjuran MIHAS@Dubai perkukuh permintaan produk halal di rantau MENA
Hubungan perdagangan yang kukuh antara Malaysia dan UAE dalam industri halal telah menyokong permintaan serta memupuk kepercayaan yang tinggi terhadap produk halal premium Malaysia.
Kepakaran Space42 dalam AI berpotensi tingkat keupayaan Malaysia - Ahmad Zahid
Teknologi ini memperkukuh infrastruktur komunikasi negara dan memastikan rakyat dapat nikmati akses digital yang lebih luas dan selamat.
Ahmad Zahid ucap tahniah pasukan MLBB Malaysia juarai kejohanan dunia
Ahmad Zahid menyifatkan meskipun menghadapi perlawanan sengit daripada pasukan Filipina, ia tidak menggugat semangat juang pasukan negara.