SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo, 57, tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, 57, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.
Mohamad Khir berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Mahkamah Rendah Syariah di sini untuk menentukan masa depan rumahtangganya yang dibina sejak lebih 30 tahun itu.
"Pertamanya isteri saya minta cerai, sebagai suami saya sudah laksanakan tanggungjawab, saya tiada sebab hendak menceraikannya, jadi itulah puncanya.
"Kita akan biarkan mahkamah tentukan," katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Syariah Shah Alam di sini, pada Isnin.
Pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah di sini, memerintahkan bekas Menteri Besar Selangor itu dan isterinya agar melantik hakam Islah bagi kes perceraian mereka.
Hakim Syarie Masnizar@Mohd Nizar Mohtar memutuskan demikian selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) didapati gagal mengislahkan perkahwinan kedua-dua pihak terlibat.
"Plaintif (Zaharah) masih tekad untuk berpisah manakala defendan (Mohamad Khir) mahu membincangkan hal (perceraian itu).
"Berikutan itu, kedua-dua pihak perlu melantik hakam Islah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Julai depan," katanya.
Terdahulu, Mohamad Khir yang berkemeja putih, berseluar hitam dan bersongkok manakala Zaharah yang berbaju kurung tiba di mahkamah itu dengan peguam, kira-kira jam 9 pagi.
Sementara itu, peguam mewakili Zaharah, Datuk Dr Mohd Zaidi Md Zain berkata, anak guamnya memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) Tahun 2003 pada 24 Februari lalu.
"Selepas mendengar laporan JKP, mahkamah hari ini mendapati berlaku syiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga kedua-dua pihak.
"Oleh demikian, anak guam saya dan defendan perlu melantik hakam Islah iaitu wakil lelaki untuk berbincang sebelum menyerahkan laporan kepada mahkamah," katanya.
Sementara itu, peguam Elly Jasmin Aminuddin yang mewakili Mohamad Khir pula berkata, pihaknya akan menamakan hakam pada tarikh yang ditetapkan itu.
"Satu perbincangan akan turut dilakukan antara hakam-hakam Islah pada hari berkenaan dan sepanjang prosiding kes ini, kita akan melihat isu syiqaq itu sebenarnya berpunca daripada siapa," katanya.
*Artikel asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Mohamad Khir bersama peguam beredar dari pekarangan mahkamah pada Isnin. - Foto Sinar Harian

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

EU mula gantung sekatan ekonomi terhadap Syria
Beberapa langkah dalam sektor tenaga, pengangkutan dan perbankan akan ditarik balik bagi menyokong pemulihan ekonomi yang pesat.

Mesir janji pembinaan semula Gaza dalam tempoh sesingkat mungkin
Mesir telah mengemukakan cadangan untuk membina semula Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

KPN sumbang RM10,000 kepada TAWP hasil kos guaman dibayar Papagomo
Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Razarudin Husain menyumbangkan RM10,000 kepada Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) hari ini.
AWANI Ringkas: Laporan KAN | Parlimen | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jenayah | Kesihatan | Banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Senegal meterai perjanjian damai dengan kumpulan pemisah, akhiri konflik tertua di Afrika
Casamance, yang terpisah dari utara Senegal oleh Gambia, adalah tapak satu daripada konflik tertua di Afrika yang bermula pada 1982.
Agenda AWANI: Revolusi Pendidikan Tinggi 2025
Penyediaan bakat, kewibawaan akademia serta pemindahan dan perkongsian ilmu antara fokus utama Kementerian Pendidikan Tinggi untuk tahun 2025. Ikuti temu bual khas bersama Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir 9 malam ini.

Siasatan rasuah terhadap empat bekas pegawai kanan bekas PM masih di peringkat awal - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.

Malaysia akan sediakan bantuan pendidikan, kesihatan di Baitulmaqdis - PM Anwar
Malaysia akan menyediakan bantuan khusus bagi sektor pendidikan dan kesihatan di Baitulmaqdis, Palestin selain pemulihan di Gaza, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khir Toyo terima amaran Lembaga Disiplin UMNO
Mohd Hafarizam berkata, Mohamad Khir didapati melemparkan tohmahan terhadap Jamal menerusi kenyataannya antara 1, 5 dan 8 Mac.

Pemilihan UMNO: Saarani, Tengku Zafrul menang tanpa bertanding, Khir Toyo buat kemunculan semula
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengesahkan mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lenggong selepas menang tanpa bertanding pada pemilihan parti itu.

'Tiada sebab mahu ceraikan isteri saya' - Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo tidak mempunyai sebarang sebab untuk menceraikan isterinya, Zaharah Kechik, sebaliknya ia adalah permintaan isterinya.

Khir Toyo kembali tanding jadi calon BN pada PRU15?
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo menyerahkan kepada pucuk pimpinan UMNO sama ada untuk memilih beliau sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

'Ini bukan masanya lobi jadi calon' - Noh
Pemimpin politik terutama di negeri Selangor diingatkan terus bekerja untuk mendekati rakyat dan bukan menawarkan diri menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kes SRC: Sithambaran petik undang-undang kes libatkan beberapa pemimpin dalam hujah
Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaran dalam hujahnya memetik beberapa contoh kes beberapa pemimpin sebelum ini termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo.

Surat terbuka Nurul Izzah kepada PM: Mohon pertimbang tempatkan Anwar di hospital
Nurul Izzah Anwar memohon Perdana Menteri untuk mempertimbangkan rayuan supaya ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditempatkan di hospital sementara menunggu pembedahan otot bahunya kelak.

'Hanya calon tempatan boleh menang di Sungai Besar' - Khir Toyo
Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calon tempatan sebagai faktor kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.

Catatan terakhir Khir Toyo sebelum ke penjara
Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo memuat naik satu catatan yang terakhir sebelum beliau menjalani hukuman di Penjara Kajang pada Selasa.