PUTRAJAYA: Tiada sebab munasabah untuk aktiviti sektor logistik bertindak menaikkan harga yang boleh memberi kesan kepada rakyat susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS 2.0), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi mencapai objektifnya, terutama melibatkan pelaksanaan SKDS 2.0 yang membolehkan kenderaan logistik tertentu kekal memperoleh diesel bersubsidi pada harga RM2.15 seliter.
"Kerajaan mahu pelaksanaan program penyasaran subsidi diesel berjalan dengan lancar dan akan sentiasa memantau perkembangan aktiviti sektor logistik kerana dengan pelaksanaan SKDS 2.0, tiada sebab munasabah untuk mereka bertindak menaikkan harga yang boleh mengesankan rakyat.
"Pembayaran semula secara tunai ini ialah langkah sementara kerajaan untuk terus membantu pembekal perkhidmatan logistik supaya tidak terkesan dengan perubahan harga runcit diesel," katanya dalam kenyataan hari ini.
Seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan telah membangunkan mekanisme interim melibatkan pembayaran semula secara tunai kepada pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan di bawah SKDS 2.0, tetapi belum mendapat fleet card.
Amir Hamzah berkata mekanisme ini merupakan kaedah sementara untuk menampung perbezaan harga antara harga runcit diesel baharu iaitu RM3.35 seliter dan harga SKDS 2.0 sebanyak RM2.15 seliter.
Sementara itu beliau berkata pemilik kenderaan logistik yang diluluskan dan belum menerima fleet card boleh memohon pembayaran semula ini bermula pada 1 Julai melalui portal Budi Madani di https://budimadani.gov.my dan pemohon hendaklah menyimpan resit pembelian diesel untuk tujuan audit.
"Untuk layak menerima pembayaran semula ini, pemilik kenderaan logistik hendaklah membuat permohonan dan mendapat kelulusan daripada KPDN di bawah SKDS 2.0 selewat-lewatnya pada 30 Jun ini.
"Mekanisme interim pembayaran semula ini bertujuan untuk menampung perbelanjaan tambahan pemohon sehingga menerima fleet card atau bagi tempoh maksimum dua bulan, mana-mana yang terdahulu," katanya.
Sehubungan itu beliau menyarankan semua pemilik kenderaan logistik yang telah diluluskan di bawah SKDS 2.0 untuk segera memohon fleet card secepat mungkin melalui portal https://mysubsidi.kpdn.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Amir Hamzah berkata kerajaan sedang giat memastikan penyasaran subsidi mencapai objektifnya, terutama melibatkan pelaksanaan SKDS 2.0. - Foto Bernama

Pengasuh ditahan disyaki dera kanak-kanak lelaki enam tahun hingga mati
Hasil bedah siasat menemui 20 kecederaan pada kepala, badan, tangan, dan kaki akibat hentakan benda tumpul.
ASEAN 2025 | 4 Mac
ASEAN 2025 harini bersama Essan Yahya membawa tumpuan berikut:
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
1. Sidang Kemuncak Dengan AS dalam peringkat perancangan
2. Phuket perlu strategi pertumbuhan baru
3. Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan

Bekas CEO, isteri dan anak didakwa ubah wang haram lebih RM150 juta
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Kenaf Trading Global Sdn Bhd dan isteri serta anak lelakinya didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram.
Indonesia perkenal pelan kerja fleksibel atasi kesesakan
Kerajaan mengumumkan dasar pelan kerja fleksibel (FWA) bagi membantu mengurangkan kesesakan dalam tempoh perjalanan yang paling sibuk sepanjang tahun.
Jet Pejuang Filipina Hilang Semasa Operasi ‘Taktikal’
Sebuah jet pejuang FA-50 milik Tentera Udara Filipina (PAF) bersama dua anak kapalnya dilaporkan hilang semasa operasi semalaman selepas berlepas dari sebuah pangkalan berhampiran bandar Cebu, menurut pegawai tentera udara pada Selasa
Lima bidang utama digaris dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan SOCA
Lima bidang utama digariskan dalam Mesyuarat Pemukiman Jawatankuasa Pegawai Kanan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN (SOCA).
Festival Makanan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Putrajaya bersedia menjadi hab cita rasa Asia Tenggara dengan penganjuran Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya (PRAFF) 2025 yang berlangsung bermula pada hari ini hingga 28 Mac.
Sidang kemuncak dengan Amerika Syarikat dalam peringkat perancangan
Sidang kemuncak yang dirancang asean bersama Amerika Syarikat (AS) kini berada dalam peringkat perancangan.
Pengendali kereta api Indonesia lihat peningkatan penumpang
Lebih 246,000 penumpang menggunakan perkhidmatan kereta api jarak jauh di seluruh Indonesia dalam beberapa hari kebelakangan ini, susulan peningkatan permintaan menjelang Ramadan
Manila gantung kelas bersemuka akibat indeks haba tinggi
Kerajaan Manila menggantung kelas bersemuka di semua peringkat bagi sekolah awam dan swasta akibat indeks haba yang tinggi, laporan dari Philippine News Agency.

Syarikat logistik Malaysia digesa teroka peringkat serantau - Liew
Syarikat Malaysia, terutamanya yang berkecimpung dalam sektor logistik, perlu meneroka ke peringkat serantau dengan pendekatan keseluruhan kerajaan untuk menjadi jaguh antarabangsa.

Tiada sebab munasabah sektor logistik naik harga - Amir Hamzah
Tiada sebab munasabah untuk sektor logistik menaikkan harga yang boleh memberi kesan kepada rakyat susulan pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi.

Kementerian Kewangan perincikan skop pengecualian cukai perkhidmatan dalam sektor logistik
Pengecualian cukai bagi sektor logistik dan penyenggaraan itu akan juga membantu memastikan sektor perkhidmatan negara terus berdaya saing.

Malaysia boleh raih manfaat daripada pengalaman 5G Telenor di sektor maritim - Fahmi
Menurut Fahmi, terdapat beberapa aplikasi praktikal penggunaan rangkaian persendirian 5G terutamanya melibatkan operasi kapal autonomi.

Amazon tambah pelaburan berjumlah US$15 bilion di India
Gergasi e-dagang Amazon pada Sabtu mengumumkan rancangan meningkatkan pelaburan sebanyak US$15 bilion di India, menjadikan jumlah pelaburan di negara itu kepada US$26 bilion, lapor Xinhua.