“Tiada toleransi jika terlibat rasuah”, itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali kepada kakitangannya yang terlibat dengan rasuah.
Beliau mengaku terdapat kakitangannya yang terlibat rasuah namun pada masa sama, masih ramai antara mereka yang berurusan dengan jabatan itu yang cuba memberi rasuah.
Sehubungan itu, Mustafar juga memberi amaran keras kepada pemberi rasuah.
BACA: Jabatan Imigresen perkukuh tiga strategi bendung rasuah di kalangan pegawai
“Tetapi sekali lagi saya sebutkan dalam masa mengambil tindakan dalam pegawai dalaman, kita juga mahu memastikan orang di luar sana diberi amaran.
“Saya memberi amaran sekali lagi pemberi akan diambil tindakan, penerima begitu juga.
“Ini kerana sekiranya tidak ada pemberi maka tidak ada penerima, maka ia dapat dikurangkan”, katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Imigresen Malaysia dan Amanat Tahun Baharu 2017 di sini hari ini.
Pada tahun lepas, seramai 32 kakitangan jabatan itu telah dipecat kerana terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuk rasuah.
Anthea Yap
Tue Jan 10 2017
MUSTAFAR: Tiada toleransi jika terlibat rasuah - fotoBERNAMA
Thailand kemas kini program visa jangka panjang untuk tarik bakat asing
Perubahan yang diluluskan Kabinet itu termasuk peluasan sektor sasaran bagi profesional berkemahiran tinggi kepada pelbagai bidang bukan STEM.
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Pasport Shafee diuruskan Wisma Putra
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan pasport diplomatik milik Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah diuruskan sepenuhnya oleh Wisma Putra.
Mohon permit khas pembantu rumah dalam talian mulai 1 Jan 2018
Mulai 1 Jan tahun depan, majikan boleh mendapatkan permit khas pembantu rumah asing daripada Jabatan Imigresen yang dibuat melalui sistem dalam talian.
Menggaji PATI, 84 majikan ditangkap - Mustafar Ali
Seramai 84 majikan ditangkap dan sebahagiannya telah menghadapi pertuduhan di mahkamah kerana didapati menggaji pekerja asing bekerja asing, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.
E-Kad: Operasi gempur PATI besar-besaran selepas 12 malam ini
Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam.
Jabatan Imigresen jumpa 13 kedutaan berhubung pelaksanaan e-Kad
Tiga belas kedutaan negara sumber diberikan taklimat berhubung pelaksanaan program e-Kad untuk PATI dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Imigresen di sini, hari ini.
Tiada ejen atau orang tengah dilantik untuk uruskan e-Kad - KP Imigresen
Jabatan Imigresen tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah bagi menguruskan proses permohonan kad sementara atau 'Enforcement Card' (E-Kad) untuk pendatang asing tanpa izin (PATI).
E-Kad untuk majikan mohon penggajian semula PATI secara sah - Mustafar
Kerajaan bersetuju untuk mengeluarkan kad sementara atau Enforcement Card (E-Kad) bagi membolehkan majikan membuat permohonan penggajian semula Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) secara sah.
Penalti lebih berat kepada majikan ambil pekerja secara haram
Kerajaan sedang dalam rancangan meminda Akta Pekerjaan (Sekatan) 1968 terutamanya pada bahagian penalti yang akan dikenakan kepada pihak yang melanggar undang-undang, kata Datuk Paul Low.
Denda dikenakan jika hilang pasport - KP Imigresen
Jabatan Imigresen akan mengenakan denda terhadap pemilik pasport yang kehilangan dokumen berkenaan.
Tiada toleransi jika terlibat rasuah - Mustafar
Tiada toleransi jika terlibat rasuah, itu amaran Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali kepada kakitangannya yang terlibat dengan rasuah.