BATU GAJAH: Tiada unsur penganiayaan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata pegawai penguat kuasa KKM yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugas bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19.
Beliau berkata kesemua pelajar yang dikompaun itu masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan jumlah kompaun tersebut dan pihaknya yakin kesemua pelajar itu mampu membayarnya.
"Saya yakin jumlah pengurangan itu seminimum mungkin dan mampu dibayar pihak pelajar dan jika sampai mereka tidak mampu untuk membayar kompaun, InsyaAllah saya juga boleh membantu untuk menyelesaikannya," katanya.
Mohd Akmal berkata kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Keselamatan Makanan Sempena Bulan Ramadan Peringkat Negeri Perak Tahun 2021 di Bazar Ramadan Dataran Taman Orkid hari ini.
BACA: Jabatan Kesihatan siasat aduan pelajar Kolej Matrikulasi Perak dikompaun RM1,500
Beliau diminta mengulas mengenai insiden yang tular dalam media sosial dan menerima pelbagai kritikan daripada warganet yang mempertikai tindakan KKM itu kerana pelajar berkenaan dikatakan tinggal di kolej sejak lima bulan lepas dan tidak dibenarkan keluar.
Mereka dikatakan mengeluarkan kompaun RM1,500 kepada beberapa pelajar yang tidak memakai pelitup muka atau meletakkannya di bawah dagu.
Sementara itu, Mohd Akmal meminta semua pihak menghormati tugas agensi penguatkuasaan yang bertungkus lumus sejak tahun lepas untuk membendung penularan COVID-19.
"Saya nasihatkan semua pihak supaya bertenang. Perkara ini boleh diselesaikan tambahan sekarang bulan Ramadan, bersangka baiklah kepada pihak KKM yang bekerja keras supaya kita boleh hidup kembali seperti biasa," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi akaun Twitternya lewat malam tadi berkata Jabatan Kesihatan Perak sedang menyiasat aduan tular berhubung kompaun RM1,500 yang dikenakan terhadap pelajar Kolej Matrikulasi Perak atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.
Siasatan segera sedang dijalankan oleh jabatan itu agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021

Mohd Akmal Kamarudin berkata pegawai penguat kuasa KKM yang mengeluarkan kompaun tersebut hanya menjalankan tugas bagi memastikan SOP dipatuhi untuk mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Kita bekerjasama dengan dengan semua agensi termasuk SPRM - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi menegaskan bahawa tindakan yang lebih terperinci akan dikenakan sekiranya terdapat pegawai yang terlibat dengan sisa e-waste. #AWANInews
Kita nak elakkan masalah alam sekitar - Nik Nazmi
Malaysia membenarkan kemasukan besi buruk untuk tujuan tertentu dan terdapat syarat yang dikenakan. Sisa e-waste yang tidak terancang dapat mencemarkan kesihatan rakyat tegas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi.
#AWANInews
#AWANInews

Sindiket penipuan tawaran kerja: 750 rakyat Malaysia berjaya diselamatkan
Kementerian Luar menerusi jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen memaklumkan lapan rakyat Malaysia pula dalam proses dihantar pulang, manakala 236 orang lagi sedang dijejaki.
15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi berkata 15,764.9 metrik tan sisa e-waste disita dianggarkan bernilai RM55 juta melibatkan 47 premis melalui Op Hazard di seluruh negara dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Alam Sekitar. #AWANInews

Apple perkenal MacBook Air dengan cip M4
Komputer riba ini dilengkapi kamera 12MP Center Stage dan memori bermula dari 16GB RAM.

Pasaran hartanah 2024: 4 faktor di sebalik rekod tertinggi dalam 10 tahun
Pasaran hartanah Malaysia mencatat pencapaian luar biasa pada tahun 2024 dengan jumlah transaksi tertinggi dalam sedekad dan nilai keseluruhan melebihi RM200 bilion buat pertama kali.

Pekerja penyelenggaraan direman tiga hari berhubung penemuan peluru
Permohonan reman itu dibenarkan bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tiada unsur aniaya pelajar dikompaun tidak pakai pelitup muka - Exco Perak
Tiada unsur penganiayaan terhadap enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di sini yang dikenakan kompaun RM1,500 oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) kerana tidak memakai pelitup muka, semalam.