SHAH ALAM: Keupayaan Parlimen perlu diperkemas kini supaya peranan institusi penting itu dapat diterjemahkan dengan sebaik-baiknya kepada pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, institusi Parlimen pada masa ini terlalu dilihat sebagai tempat perbahasan oleh masyarakat umum dan tidak lebih daripada itu.
Menurut beliau, perspektif umum itu perlu diubah supaya orang ramai lebih mengetahui peranan dan sumbangan Parlimen kepada pembangunan Malaysia sebagai negara maju tanpa mengetepikan hak rakyat.
“Umum mengetahui bahawa Parlimen merupakan tempat perbahasan tertinggi di negara ini melibatkan wakil rakyat yang membawa usul pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.
“Meskipun begitu, rakyat marhaen masih tidak mengetahui sepenuhnya fungsi serta peranan pelaksanaan melibatkan badan eksekutif yang ada dalam institusi Parlimen itu sendiri.
“Mungkin sudah tiba masanya untuk melakukan reformasi atau perubahan membina terhadap peranan Parlimen. Maka satu kaji selidik secara terperinci perlu dilakukan bagi mengetahui baik buruk untuk proses pembaharuan tersebut,” katanya kepada kru Rasuah Busters pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Ahmad Shabery berkata, kerja-kerja di peringkat jawatankuasa masih banyak yang tidak diketahui umum.
Tegas beliau, perkara seumpama itu pastinya kadangkala dipersoal oleh rakyat, terutama melihat peranan dan sumbangan besar penggerak institusi Parlimen iaitu ahli jawatankuasanya sendiri.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 10 2021

Ahmad Shabery berkata satu kaji selidik secara terperinci perlu dilakukan bagi mengetahui baik buruk proses pembaharuan untuk institusi Parlimen. - Gambar hiasan

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Tiba masa reformasikan fungsi Parlimen - Shabery Cheek
Institusi Parlimen pada masa ini terlalu dilihat sebagai tempat perbahasan oleh masyarakat umum dan tidak lebih daripada itu.