SHAH ALAM: Tidak berlaku kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang yang disandang Datuk Abdul Rashid Asari, kata Speaker DUN Selangor Lau Weng San.
Beliau berkata tiada bukti mencukupi untuk mengesahkan kekosongan luar jangka berkenaan.
Lau berkata notis dibawa Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertarikh 20 Jun yang diterima pejabat Speaker tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan.
"Pemberhentian Yang Berhormat (YB) Selat Klang dalam Bersatu didapati satu pemecatan terancang di bawah operasi Perkara 65A (2)(c) Perlembagaan Negeri Selangor. Notis dan bukti dari YB Hulu Kelang (Mohamed Azmin) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya.
"Intihanya, selamat untuk disimpulkan atas skala pertimbangan kebarangkalian bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka," katanya ketika sidang DUN Selangor hari ini.
Pada 6 Mac lepas, Abdul Rashid mengisytiharkan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Sebelum ini, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang kepada Speaker DUN.
Mengulas lanjut, Lau berkata mana-mana Ahli Dewan boleh memberitahu Speaker DUN tentang kekosongan luar jangka seseorang Ahli Dewan yang lain dan Speaker berhak menyiasat lebih lanjut dengan ADUN berkenaan sebelum keputusan dibuat.
"Jika Speaker sejurus penerimaan notis bertulis terus mengumumkan kekosongan luar jangka tanpa melakukan apa-apa usaha wajar untuk mengesahkan, menyiasat atau menanyakan peristiwa tersebut, maka akan berlaku banyak kekosongan luar jangka yang tidak tersangka dari semasa ke semasa.
"Saya percaya, ini bukan dan tidak pernah menjadi niat perundangan dalam meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri ini. Oleh demikian, perlu saya menjelaskan bahawa fungsi Speaker menurut perlembagaan adalah untuk menyiasat terlebih dahulu setelah menerima notis itu," katanya.
Mohamed Azmin yang mewakili ADUN PN dalam sidang media di Lobi Wisma Dewan Selangor selepas itu menzahirkan kekesalan berhubung keputusan berkenaan dan akan meneliti perkara tersebut sebelum mengambil sebarang tindakan termasuk dari segi undang-undang.
Sidang DUN Selangor ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Lau berkata tiada bukti mencukupi untuk mengesahkan kekosongan luar jangka berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Kerajaan, pembangkang perlu bersatu tangani fitnah dalam talian
Kedua-dua blok perlu berganding bahu mencari penyelesaian terbaik kerana budaya fitnah serta hasutan jika dibiarkan boleh menjejaskan perpaduan.

Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Himpunan Solidariti Najib: Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawal
Pas memberi jaminan tiada kejadian yang akan berlaku di luar kawalan ketika berlangsungnya himpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Tun Razak Menuntut Keadilan pada Isnin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pembangkang Korea Selatan rancang dakwa PM Han Duck Soo
Pembangkang mendakwa Han melengahkan pelaksanaan undang-undang yang bertujuan untuk menjelaskan tuduhan rasuah terhadap Presiden Yoon.

Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.

Presiden Yoon Suk Yeol 'terselamat', usul pecat ditolak
Usul memecat Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol selepas cubaannya untuk menguatkuasakan undang-undang tentera, ditolak pada Sabtu kerana tidak cukup kuorum, lapor agensi berita Yonhap.

Presiden Korea Selatan mohon maaf isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, memohon maaf atas usaha mengisytihar undang-undang tentera pada minggu ini.

Parti pembangkang Korea Selatan tuntut Presiden Yoon letak jawatan
Parti pembangkang utama Korea Selatan menuntut agar Presiden Yoon Suk Yeol segera meletakkan jawatan selepas pengisytiharan mengejut undang-undang tentera.

Presiden Korea Selatan isytihar undang-undang tentera
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Selasa mengisytiharkan undang-undang tentera, sambil menuduh parti pembangkang terlibat dalam "aktiviti anti-negara yang merancang pemberontakan."