KUALA LUMPUR: Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed, yang berdepan lima pertuduhan menyebabkan kecederaan dan khianat, hari ini diberi amaran terakhir oleh Mahkamah Majistret di sini kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes itu bulan lepas.
Amaran itu dikeluarkan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim dan Illi Marisqa Khalizan terhadap Norjuma, 44, selepas membatalkan waran tangkap ke atas usahawan selebriti itu yang tidak hadir di dua mahkamah berkenaan pada sebutan kes 27 Jun.
Noorelynna Hanim memberi amaran kepada Norjuma agar tidak mengulangi kesalahan sama dan mengingatkannya supaya lebih bertanggungjawab untuk hadir ke mahkamah, pada tarikh ditetapkan.
Illi Marisqa pula berkata tertuduh perlu mengambil tahu dan peka terhadap kes dihadapinya, supaya beliau tidak ditangkap atau waran tangkap dikeluarkan terhadapnya.
"Puan Norjuma, ini adalah amaran terakhir. Perlu pastikan tarikh-tarikh selepas ini puan hadir. Sekiranya tidak hadir, waran tangkap akan dikeluarkan terhadap puan dan bukannya peguam," katanya.
Berikutan itu, Noorelynna Hanim menaikkan wang jaminan daripada RM1,000 kepada RM1,500 manakala Illi Marisqa pula menaikkan jaminan RM1,500 kepada RM2,000 dan menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan kes.
Terdahulu Norjuma, yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah berikutan ketidakhadirannya pada prosiding sebelum ini.
"Pada prosiding sebelum ini, saya hadir ke mahkamah tetapi saya tidak tahu mahkamah mana kes saya disebut. Saya tidak mengetahui maklumat terperinci kerana ketika itu peguam saya tidak hadir," kata Norjuma yang berada dalam kandang tertuduh.
Dua lagi majistret iaitu Fatin Dayana Jalil dan Nurul Izzah Shaharuddin turut membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan ke atas Norjuma membabitkan perkara sama dan menetapkan tarikh serupa (26 Ogos) untuk sebutan kes.
Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma mengaku tidak bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah syarikat borong dan runcit di Menara Atlan, Jalan Ampang, Dang Wangi di sini pada 8.43 malam, 21 Feb 2017.
Mengikut pertuduhan kedua, wanita itu didakwa melakukan kesalahan sama terhadap pengawal keselamatan warga Nepal Neupane Tika Ram, dengan menendang betis kiri pengawal itu di sebuah pusat tuisyen di Bukit Damansara, Brickfields di sini pada 3 petang, 29 Mac 2018.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Norjuma didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh menjangkau RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pertuduhan ketiga, Norjuma dituduh melakukan perbuatan serupa ke atas Nur Solehah Rosl, 31, dengan menampar pipi dan mencakar tangan mangsa di Kondominium Sastra U-Thant, Wangsa Maju di sini pada 10.30 pagi, 18 Okt 2021, mengikut seksyen serupa.
Pertuduhan keempat dan kelima pula, Norjuma didakwa melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar dan masuk kenderaan dengan anggaran kerugian RM4,200, serta merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) anggaran kerugian RM500, milik kondominium sama pada 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.
Pertuduhan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024

Norjuma (foto) yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah berikutan ketidakhadirannya pada prosiding sebelum ini. -Gambar fail/Bernama

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Sebutan kes Norjuma hina mahkamah Januari tahun depan
Mahkamah menetapkan sebutan kes menghina mahkamah membabitkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed, pada 28 Januari tahun depan.

Tidak hadir prosiding mahkamah, Norjuma diberi amaran terakhir
Norjuma yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah berikutan ketidakhadirannya pada prosiding sebelum ini.

Norjuma didakwa atas lima tuduhan cedera, khianat
Bekas personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed didakwa atas tiga pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas tiga individu dan dua pertuduhan melakukan khianat.

Mahkamah keluar perintah waran tangkap terhadap Norjuma
Perintah terbabit dikeluarkan berikutan kegagalan selebriti itu memberi kerjasama dari pemulaan kes kerana menghina mahkamah.