KUALA LUMPUR: Tiada keperluan untuk kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan berkaitan peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti.
Sebaliknya, pembentangan dan perbahasan RUU itu akan berjalan dalam persidangan Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai depan.
Perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas beberapa faktor dipertimbangkan tentang mengadakan mesyuarat khas berkenaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, antara faktor dipertimbangkan ialah penjimatan kewangan kerajaan.
"Pada keseluruhannya jumlah kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan adalah kira-kira
RM1,077,600. Tidak termasuk kos operasi jika Mesyuarat Khas Dewan Rakyat dan Dewan Negara diadakan," kata beliau.
Wan Junaidi dalam pada itu menjelaskan, penyertaan ramai Ahli Parlimen dalam lawatan ke luar negara ketika ini sehingga pertengahan Julai bagi mengikuti program-program anjuran Parlimen tidak boleh ditangguhkan kerana melibatkan pihak berkepentingan lain.
Sebagai contoh, kata beliau, terdapat dua Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan ke luar negara dalam tempoh berkenaan iaitu Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi serta Jawatankuasa Pilihan Khas Keselamatan.
Sehubungan itu, menurut Wan Junaidi, kerajaan memutuskan untuk membentang dan membahaskan RUU berkenaan dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bermula 18 Julai mengikut takwim Parlimen sebelum ia disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk pewarkahan dan pewartaannya.
"Pembentangan RUU ini mengikut takwim Sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara akan datang akan memberi masa yang mencukupi untuk ia diteliti oleh Ahli Parlimen sebelum dibahaskan.
"Perkara ini tidak dapat dilaksanakan jika Mesyuarat Khas diadakan," jelas beliau.
Semalam, Wan Junaidi memaklumkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bersetuju dan memuktamadkan draf RUU peruntukan larangan ahli Dewan Rakyat bertukar parti untuk dibentang serta dibahaskan dalam Dewan Rakyat selepas beberapa kali ditangguhkan.
Katanya, jawatankuasa berkenaan turut sebulat suara bersetuju meminta dan mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya Mesyuarat Khas Parlimen diadakan pada minggu pertama Julai.
Syukri Shaari
Thu Jun 09 2022

Sebaliknya, Wan Junaidi berkata pembentangan dan perbahasan RUU itu akan berjalan dalam persidangan Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai depan.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pas lulus usul pindaan perlembagaan berkaitan anti lompat parti
Muktamar Pas ke-70 hari ini sebulat suara meluluskan tujuh usul pindaan perlembagaan parti itu termasuk mewujudkan peruntukan yang jelas dan tegas berkaitan isu anti lompat parti.

Melaka dijangka bentang Rang Undang-Undang Antilompat parti akhir Julai ini
Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti dijangka dibentangkan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berlangsung akhir bulan ini.

RUU Antilompat Parti: N. Sembilan adakan sidang khas DUN pada Oktober
Kerajaan Negeri Sembilan dijadual mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membentangkan pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti pada Oktober ini.

Bentang RUU Antilompat Parti di DUN Sabah - Warisan
Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, perlu dilakukan bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu terjamin.

Johor lihat perkembangan RUU Antilompat Parti di Parlimen sebelum perkenal enakmen
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata ia bagi memastikan agar terdapat keselarian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

RUU Antilompat Parti perlu diteliti secara mendalam - Takiyuddin
Rang Undang-Undang Antilompat Parti perlu diteliti secara mendalam terlebih dahulu bagi mengelakkan timbul sebarang masalah pada masa akan datang.

Kerajaan-pembangkang perhalusi kandungan RUU Antilompat Parti 31 Mac ini
Ia bagi memperhalusi dan mengemas kini beberapa perkara, berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti sebelum ia dibentangkan pada sidang khas Parlimen, 11 April depan.

RUU Anti Lompat Parti, had tempoh PM dibawa ke Parlimen sebelum Julai 2022
Kerajaan bercadang membentangkan rang undang-undang (RUU) berkait antilompat parti dan pengehadan tempoh Perdana Menteri kepada 10 tahun sebelum Julai 2022.

PRN Melaka: PH komited laksana enakmen anti lompat parti
Andai diberi mandat di Melaka, mereka dapat menyelaraskan gerak kerja dengan usaha yang telah dibina di peringkat pusat.