IPOH: Isu kekurangan pekerja dalam sektor pembersihan banyak berhubung kait dengan tanggapan imej pekerjaan tersebut dalam kalangan rakyat tempatan, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Ini ditambah pula dengan faktor persaingan daripada pekerjaan lain seperti sektor perkilangan serta penghantaran makanan.
Rumaizi berkata, walaupun sudah ada penambahbaikan daripada sudut gaji dan imbuhan, namun masih ramai yang kurang berminat untuk menceburi bidang pekerjaan tersebut.
"Nak kata tidak berbaloi (gaji), kita sudah ada banyak peningkatan. Gaji asas yang diberikan difahamkan RM1,700 kerana sekarang gaji minimum RM1,500.
"Masalah sekarang bukan sekadar gaji, ia disebabkan imej. Kalau orang tempatan, ada yang malu (kerja sektor pembersihan). Itu masalah kita orang tempatan.
"Kita belum ada lagi kesedaran kerja sektor 3D iaitu dirty, difficult and dangerous (kotor, sukar dan bahaya), mereka masih susah nak terima," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan komputer daripada Theta Edge Berhad, dengan kerjasama MBI, kepada pusat komuniti, di Dewan Azlan Shah di sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Theta Edge Bhd Nuraslina Zainal Abidin, Pengarah Negeri Tabung Haji Perak Mohamad Abas dan Ahli-Ahli Majlis MBI.
Mengulas lanjut berhubung isu kutipan sampah yang lewat di beberapa kawasan di Ipoh sebelum ini, Rumaizi berkata kekurangan pekerja antara punca mengapa perkara itu berlaku.
Katanya lagi, masalah kekurangan pekerja pembersihan bermula apabila ramai yang bertukar bidang pekerjaan di sektor pembinaan.
"Masalah kita bukan disebabkan peralatan sangat tetapi sebab pekerja pembersihan tiada.
"Kebanyakan konsesi kita ini iaitu pekerja kutip sampah, mereka merupakan pekerja asing.
"Selepas Hari Raya Aidilfitri, ketika itu harga buah sawit tinggi, jadi ramai pekerja pembinaan lari ke sektor perladangan.
"Manakala sektor pembinaan pula 'curi' pekerja perkhidmatan bandar kita. Itu sebab pekerja kurang," katanya.
Jelasnya lagi, antara penyelesaian jangka pendek yang diambil untuk mengatasi isu tersebut adalah dengan mengupah pekerja tempatan secara kontrak.
"Kita ada ambil (pekerja tempatan) tapi tidak mencukupi, ada setengah itu kita minta mereka kerja shift. Bekalan pekerja asing pun tiada sebab ia merupakan isu nasional.
"Bagaimanapun, kita terpaksa kurangkan kekerapan kutipan sampah. Biasanya tiga kali seminggu, mungkin sesetengah tempat itu kita kurangkan kepada dua kali seminggu.
"Bagi saya masa sebulan untuk selesaikannya," katanya lagi.
Sebelum ini media melaporkan, pengoperasian dua buah lori sampah compactor baharu bukan sahaja melancarkan lagi operasi kutipan, malah dapat meningkatkan imej Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Rumaizi berkata, ini kerana kebanyakan lori compactor sedia ada dalam keadaan uzur dan tidak kompetitif untuk dioperasikan.
Aida Aziz
Fri Jul 22 2022

Rumaizi (tengah) hadir pada majlis penyampaian sumbangan komputer daripada Theta Edge Bhd kepada pusat komuniti, di Dewan Azlan Shah, Ipoh, 21 Julai 2022. - Astro AWANI

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

‘Bunyi kuat, ingat barang jatuh rupanya tembakan’ - Jurujual
Beberapa jurujual menyifatkan insiden tembak di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi satu kejadian yang tidak dapat dilupakan.

Mangsa insiden tembakan di pusat beli-belah Setia Alam stabil - KP Selangor
Mangsa kini ditempatkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah dan dia stabil.

Pekerja pembersihan didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Tertuduh didakwa membuka zip hadapan seluarnya supaya dilihat oleh mangsa bagi tujuan seksual di tepi tangga sebuah PPR di Cheras pada 11.30 pagi, 25 Dis lalu.

Pekerja pembersihan main peranan penting pembangunan negeri - Ab Rauf
Pekerja pembersihan menyumbang kepada pengiktirafan Bandar Raya Melaka sebagai bandar terbersih di Asia Tenggara, kata Ketua Menteri.

Pekerja pembersihan maut, seorang lagi parah dipijak gajah di Mersing
Seorang pekerja pembersihan kontrak maut manakala seorang lagi cedera parah akibat dipijak gajah di kawasan hutan kecil berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tenggaroh 5 hari ini.

Baling anak kucing, kes dirujuk ke Jabatan Veterinar
Polis telah memanggil pengawal keselamatan yang terlibat dan memberi amaran keras.

Pekerja pembersihan sanggup menyelam air kotor cuci longkang tersumbat
Rakaman video aksi seorang pekerja pembersihan yang sanggup menyelam dalam air kotor dan menjijikkan ketika melakukan kerja-kerja membersihkan longkang tersumbat menyentuh perasaan banyak pihak.

Cuaca panas: MBI ubah waktu kerja pembersihan, kutipan sampah elak strok haba
MBI mengambil pendekatan mengubah waktu kutipan sampah serta kerja-kerja pembersihan ketika negara sedang berdepan cuaca panas ketika ini.

Tidak minat kerja pembersihan: Stigma, imej jadi penyebab - Datuk Bandar Ipoh
Walaupun ada penambahbaikan daripada sudut gaji dan imbuhan, masih ramai yang kurang berminat.

Polis tahan wanita warga asing curi barang kemas majikan RM15,000
Polis menahan seorang pekerja wanita warga asing yang dipercayai mencuri barang kemas milik majikannya bernilai kira-kira RM15,000.