KUALA LUMPUR: Jika didapati positif COVID-19, pesakit kini tidak lagi perlu mengemas kini status kesihatan mereka menerusi aplikasi MySejahtera.
Ini kerana, pakar perubatan kesihatan awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Aznida Mohamad Zaki berkata, COVID-19 seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Katanya, jika didapati positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan Pejabat Kesihatan Daerah.
"Hidup bersama COVID-19, kita tidak perlu muat naik lagi status sebagai positif COVID-19 ke dalam MySejahtera.
"Sebaliknya, petugas kesihatan atau pengamal perubatan yang akan memberi notifikasi kepada Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, sama seperti penyakit-penyakit lain.
"Contohnya, kalau kita positif denggi, pengamal perubatan akan maklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat," katanya.
Dalam pada itu Dr Aznida berpandangan, ia bukan bermakna aplikasi berkenaan perlu dibuang daripada peranti.
Ini kerana, terdapat beberapa fungsi lain yang masih boleh dilayari di aplikasi itu.
"Saya sarankan, jangan 'uninstall' dulu (aplikasi itu), kerana di dalam MySejahtera, ada fungsi-fungsi lain.
"Seperti kita nak buat temu janji dengan Klinik Kesihatan, kita nak cari atau 'hotspot' penyakit berjangkit, atau kita nak tahu di mana terdapat perkhidmatan pemberian vaksin.
"Semua ini boleh disemak dalam MySejahtera," tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika berkongsi status terkini penularan wabak COVID-19 dalam program AWANI Pagi hari ini.
Dr Aznida berkata, rakyat kini perlu 'hidup bersama' COVID-19 dan tidak panik jika terkena jangkitan atau menjadi kontak rapat.
Menurutnya, pihak KKM akan berusaha semampu mungkin dalam menggalakkan praktis kendiri dalam kalangan orang awam bagi mencegah penularan wabak seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Dalam pada itu berkuat kuasa 15 Julai (Isnin), individu positif COVID-19 tidak lagi diberikan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau arahan kuarantin di rumah
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan memaklumkan individu yang disahkan positif COVID-19 hanya digalak memakai pelitup muka, meminimumkan interaksi sosial dan mengelak tempat sesak.
Menurutnya, peraturan baharu itu dikuat kuasa selepas jumlah kes COVID-19 serta kes kematian menunjukkan penurunan selain tiada varian baharu dikesan di Malaysia sehingga kini.
Azib Zikry
Tue Jul 16 2024

Dr Aznida berkata, rakyat kini perlu 'hidup bersama' COVID-19 dan tidak panik jika terkena jangkitan atau menjadi kontak rapat. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.