KOTA KINABALU: Tidak perlu mempolitikkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama Kristian kata Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Joniston Bangkuai.
Menurut beliau, sebagai parti berbilang kaum, pihaknya selalu berpegang kepada kepercayaan dan pendirian tersebut.
“Kami akan terus memelihara perpaduan dan keharmonian agama ini.
"PBS sebagai parti berbilang kaum selalu berpegang kepada kepercayaan dan pendirian ini, tidak perlulah mempolitikkan isu ini dan kita tidak perlu dipengaruhi taktik pembangkang," katanya.
PBS turut memohon agar kerajaan mempertimbangkan rayuan yang difailkan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah "Allah" dalam kalangan penganut agama Kristian.
Tambahnya, isu ini telah selesai sejak sedekad lalu.
“Ia telah diselesaikan bagi kes Sabah dan Sarawak sejak sedekad lalu dengan apa yang dipanggil 10 perkara SOP Idris Jala (bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk penganut Kristian di dua negeri di Malaysia Timur dan perkara ini bukanlah isu baharu.
“Sudah tiba masanya bagi rakan-rakan Kristian kita di Semenanjung menikmati hak istimewa sama dan tidak ada halangan bagi orang-orang Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam amalan keagamaan mereka," katanya dalam satu kenyataan media.
Joniston berkata PBS telah menilai dan bersetuju dengan pendirian kerajaan Sarawak yang membenarkan kalimah “Allah” terus digunakan orang bukan Islam di negeri berkenaan.
“PBS menyedari ini juga pendirian GRS (Gabungan Rakyat Sabah) yang sebelum ini belum bersuara, sejak sebelum merdeka dan sebelum kita menjadi sebahagian daripada Malaysia.
"Kita selalu menikmati kehidupan aman damai dalam kalangan semua rakyat Sabah tanpa mengira kepercayaan agama mereka," katanya.
Untuk rekod, Putrajaya pada Isnin lalu telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penganut bukan Islam untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam pendidikan dan buku agama mereka.
Eleanor Michelle Patrick
Sat Mar 20 2021
Tidak perlu mempolitikkan isu penggunaan kalimah "Allah" oleh penganut agama Kristian, kata Joniston Bangkuai. -Gambar fail
Perintah gaji minimum RM1,700 berkuat kuasa hari ini
Semua majikan wajib patuhi Perintah Gaji Minimum dan memastikan pekerja mereka menerima gaji pokok tidak kurang daripada RM1,700 sebulan.
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut mirip kalimah Allah: Lapor polis jika ada maklumat - MCMC
Beri ruang pada JAKIM dan pihak berkuasa lakukan siasatan berhubung dakwaan itu.
Vern’s minta maaf, sedia pulangkan semula wang kepada pelanggan
Verns mengatakan logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Sentuh 3R: Kerajaan tidak akan bertolak ansur - PM
Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak tanpa mengira kedudukan atau parti politik sekiranya menyentuh sentimen isu 3R (raja, agama dan kaum).
Serangan KK Mart: Jawatankuasa Keharmonian Antara Penganut Agama adakan mesyuarat tergempar
Tiga buah kedai serbaneka KK Mart dibaling 'molotov cocktail' bermula dengan serangan di KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor dibaling bom petrol pada 25 Mac.
Stoking tertera kalimah Allah: Masyarakat perlu waras, Islam larang ambil tindakan sendiri - KP IKIM
Masyarakat perlu berfikir secara waras dalam menanggapi isu stoking tertera kalimah Allah.