PUTRAJAYA: Tidak menyediakan penginapan yang sesuai dan majikan disenarai hitam adalah antara faktor permohonan pekerja asing tidak diluluskan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Pada tahun lepas, katanya sebanyak 43 peratus atau 676,070 permohonan kuota pekerja asing telah diluluskan berbanding 1.6 juta permohonan yang diterima.
"Memang ada sebabnya, bukan saja-saja tolak, ada banyak kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan agensi-agensi kawal selia, banyak kriteria kita lihat sebelum permohonan (diluluskan).
"Kita tidak boleh bawa masuk pekerja begitu sahaja dalam satu keadaan majikan tak sediakan penginapan sesuai. Kesannya amat buruk pada negara, imej negara akan terjejas kerana orang melihat kita, kemudian keadaan itu akan menyebabkan masalah pada negara kita," katanya dalam sesi ramah mesra bersama media, di sini hari ini.
Sivakumar berkata pada masa ini, terdapat kira-kira 1.4 juta pekerja asing yang sah di dalam negara.
SIVAKUMAR-PEKERJA 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Beliau berkata dalam suku pertama tahun ini, jumlah pekerja asing dijangka sama seperti sebelum pandemik COVID-19 iaitu 1.9 juta orang.
"Dengan kelulusan kuota sedia ada, kita sudah pun hampir capai tahap sama sebelum pandemik. Ketika pandemik ramai yang sudah balik (ke negara asal) sebab itu kita mengalami kekurangan pekerja asing.
"Apa yang boleh kita bantu, kita cuba yang terbaik terutama dari segi tempoh masa, dari masa dia mohon sampai dia dapat pekerja. Kita cuba lakukan yang terbaik untuk memendekkan tempoh masa," katanya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata pengurusan pekerja asing antara KDN dengan KSM dijajarkan semula dalam usaha mengurangkan tempoh masa pengambilan pekerja asing kepada kurang 30 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Tidak menyediakan penginapan yang sesuai dan majikan disenarai hitam adalah antara faktor permohonan pekerja asing tidak diluluskan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar. - Gambar fail/BERNAMA

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

KDN lulus 380,000 pemohonan pekerja asing, penuhi keperluan ekonomi negara - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah meluluskan 380,000 permohonan pekerja asing bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.

Tidak sediakan penginapan sesuai antara faktor permohonan pekerja asing ditolak
Tidak menyediakan penginapan yang sesuai dan majikan disenarai hitam adalah antara faktor permohonan pekerja asing tidak diluluskan, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.