TUMPAT: Bunyinya sedikit menggerunkan namun, sebaik menjamah gelembung buaya iaitu kuih tradisi masyarakat Kelantan ini pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja.
Kuih tradisi yang berwarna hijau dan jingga ini dihasilkan daripada campuran kelapa muda, tepung pulut, daun pandan, gula dan garam dikenali sebagai gelembung buaya kerana teksturnya yang mempunyai garisan seakan-akan kulit reptilia tersebut.
Selain itu, semasa proses memasak kuih tersebut mengeluarkan buih seakan-akan gelembung buaya yang sedang bernafas di dalam air.
Menurut Pengurus Suzara Serunding, Nor Fatin Nabila Sukri, 28, kuih gelembung buaya mendapat permintaan tinggi khususnya pada bulan Ramadan dan musim perayaan.
"Proses penghasilan kuih gelembung buaya mengambil masa kira-kira enam jam. Setiap lapisan gelembung buaya perlu disiapkan satu per satu mengikut warna sebelum kedua-duanya digabungkan.
"Tekstur gelembung buaya ini lembut, mudah ditelan serta rasa lemak manis yang sekata menjadikan ia sesuai untuk dijadikan manisan, antara sebab mengapa ia begitu mendapat permintaan yang tinggi dan digemari ramai," katanya ketika ditemui Bernama di kilangnya di Kampung Laut, di sini.
Nor Fatin Nabila berkata, dalam tempoh bulan Ramadan, mereka menyiapkan kira-kira 150 peket kuih gelembung buaya setiap hari dengan setiap peket seberat 250 gram dijual pada harga RM3 setiap satu.
"Tempahan yang diterima meningkat terutama menjelang perayaan namun kuih ini agak sukar untuk dihasilkan dalam kuantiti yang banyak kerana stok kelapa muda yang amat terhad.
"Setakat ini, kami mendapat maklum balas yang positif daripada pelanggan, mereka menyukai keunikan kuih gelembung buaya daripada Suzara Serunding kerana rasanya yang kurang manis," katanya sambil menambah kuih tersebut dihasilkan mengikut resipi turun-temurun Suzara Serunding sejak 1970.
Ditanya mengenai permintaan terhadap kuih gelembung buaya tahun ini, Nor Fatin Nabila berkata sambutan yang diterima sangat baik berbanding tahun lepas. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 22 2021

Kuih tradisi masyarakat Kelantan yang berwarna hijau dan jingga dikenali sebagai gelembung buaya kerana teksturnya yang mempunyai garisan seakan-akan kulit reptilia tersebut.
[TERKINI] Keputusan bedah siasat, kematian berpunca tekanan di leher akibat jerutan
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata hasil bedah siasat terhadap pegawai tribunal kastam mendapati kematian disebabkan tekanan di leher akibat jerutan.

Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine.
FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah piala dunia kelab
FIFA mengumumkan perincian hadiah terbesar dalam sejarah kejohanan kelab bagi edisi baharu Piala Dunia Kelab FIFA yang akan menampilkan 32 pasukan buat kali pertama.
[TERKINI] Kadar OPR kekal 3%
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia buat keputusan kekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3 peratus.
Pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan antara faktor insiden
Susulan kemalangan maut di KM204 Lebuh Raya Utara Selatan di Ayer Keroh tahun lalu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) memaklumkan, antara faktor mempengaruhi insiden tersebut termasuk pengurusan kenderaan, pemandu dan keselamatan pekerjaan, jalan raya dan persekitaran.

Piala AMEC: Didakwa jual perlawanan, penjaga gol Kemboja bebas tuduhan
Penjaga gol Kemboja, Vireak Dara, bebas daripada tuduhan mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, Disember lalu.

Keluarga harap Eda Ezrin dapat pulang sebelum raya
Keluarga juga akan mengadakan kenduri doa selamat sempena kepulangan dan pembebasan Eda Ezrin apabila dia pulang nanti.

76,664 permohonan SJKP diluluskan bernilai RM17.86 bilion - KPKT
Sebanyak 76,664 permohonan Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) bernilai RM17.86 bilion diluluskan sejak dilaksanakan.

734 tan metrik kelapa tua dibawa masuk setakat 4 Mac - Mohamad Sabu
FAMA dan FAMACO membawa masuk 734 tan metrik bekalan kelapa tua dikupas dari Sabah dan Indonesia dengan nilai belian RM2.01 juta.
AWANI Ringkas: Sindiket e-waste: Penguat kuasa diugut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak seganas nama, kuih gelembung buaya bangkitkan selera
Kuih tradisi berwarna hijau dan jingga dikenali sebagai gelembung buaya kerana teksturnya yang mempunyai garisan seakan-akan kulit reptilia tersebut.