KUALA LUMPUR: Tidak semua mangsa yang diselamatkan merupakan mangsa pemerdagangan manusia, sebaliknya maklumat itu direka sendiri oleh mereka.
Demikian menurut Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hasan dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Jelas beliau, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Kemboja mengenai laporan pemerdagangan manusia itu, tetapi apabila diselamatkan, hakikatnya berbeza.
"Mengikut pihak Kemboja, individu yang mendakwa sebagai mangsa sebenarnya berhutang ekoran berjudi. Apabila hutang tidak dapat dibayar, mereka dakwa mereka mangsa tipu kerja untuk menyelamatkan diri daripada bayar hutang.
"(Ada juga) Mereka yang bekerja dengan syarikat scammer tetapi tidak mencapai KPI (sasaran). Selain itu, ada mangsa yang di menginap di hotel.
"Bila tidak mampu bayar, mereka telefon polis dan laporkan mereka mangsa tipu kerja atau pemerdangan manusia," katanya dalam sidang media bersama lima mangsa sindiket penipuan tawaran kerja di Kemboja yang diselamatkan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
BACA: 218 mangsa penipuan pekerjaan luar negara diselamat, 113 masih terkandas
Abd Jalil juga maklumkan, terdapat mangsa yang diselamatkan dan dihantar pulang ke Malaysia, namun telah pergi semula ke Kemboja untuk kembali bergiat dengan syarikat-syarikat sindiket scammer.
Selain itu, beliau berkata, hasil perbincangan dengan pihak berkuasa Kemboja turut mendapati ada sesetengah dakwaan pihak badan bukan kerajaan (NGO) mengenai keadaan mangsa, adalah tidak berasas.
Tambahnya, hantaran video tular yang menunjukkan mangsa dipukul, didera, dan dirotan tidak berlaku ke atas rakyat Malaysia.
"Video tersebut sengaja dihantar untuk menakutkan waris-waris. Agar waris keluarkan apa sahaja jumlah untuk menyelamatkan mangsa yang dikatakan berada dalam tangan sindiket," katanya.
Pihaknya juga menyeru agar waris mangsa yang mempunyai anak atau adik-beradik yang hilang supaya menyalurkan maklumat kepada Kementerian Luar atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam masa yang sama, Abd Jalil turut menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran NGO untuk membantu menyelamatkan mangsa dengan bayaran tertentu.
"Ini tanggungjawab kita, kita akan usaha selamatkan dengan sesegera yang mungkin. Tetapi maklumat tersebut mestilah sahih.
"Kalau boleh, maklumat tersebut mesti ada lokasi yang tepat agar proses menyelamat dapat disegerakan," katanya lagi.
Irfan Faruqi
Fri Jan 27 2023
![Tidak semua warga Malaysia yang diselamatkan di Kemboja mangsa sindiket Tidak semua warga Malaysia yang diselamatkan di Kemboja mangsa sindiket](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71627016540_PengarahJabatanSia.jpg)
Abd Jalil juga maklumkan, terdapat mangsa yang diselamatkan dan dihantar pulang ke Malaysia, namun telah pergi semula ke Kemboja untuk kembali bergiat dengan syarikat-syarikat sindiket scammer. Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
“Kalau nak tunggu hari tua pun tidak boleh” - YB Tasek Gelugor
Ahli Parlimen Tasek Gelugor mencadangkan kerajaan membuat dasar pengeluaran KWSP secara bersasar.
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya mohon pihak kerajaan untuk lihat kembali dasar ini dan pertimbangkan rayuan ribuan orang yang mohon”Katan YB Saifulruddin
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
![Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.
![Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.
![7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh 7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672143387_MigrantWorkers.jpg)
7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.
![Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736234889_tbearthquakeTibet.jpg)
Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.
![Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676646440_wismaputra.jpg)
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
![Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735823213_tbTYTJamesECart.jpg)
Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.
![Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735452963_TBJejuAir.jpg)
Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.
![Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734331105_tbIsraelioccupied.jpg)
Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.
![Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51730217818_lubnan.jpg)
Malaysia sambut baik gencatan senjata di Lubnan, gesa semua pihak patuhi syarat
Kementerian Luar memaklumkan bahawa Malaysia menggesa semua pihak menghormati dan mematuhi syarat gencatan senjata berkenaan.
![Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031 Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41730209861_Wismaputra.jpg)
Malaysia dilantik semula sebagai ahli UNCITRAL bagi penggal 2025-2031
Malaysia berjaya dilantik semula sebagai ahli Suruhanjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Perdagangan Antarabangsa (UNCITRAL) untuk tempoh enam tahun bagi penggal 2025-2031.