MANJUNG: Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.
Saarani berkata penambahan itu menjadikan pelan tersebut satu pelan yang dinamik dan boleh diubah suai, selain mampu ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut tuntutan masa serta keadaan.
"Penambahan itu memperkasakan program sedia ada dan akan kita wujudkan beberapa program baharu yang sesuai dengan perkembangan, sebab itu kita beri tiga agenda itu," katanya pada sidang media selepas membentangkan sendiri Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 di sini hari ini.
Untuk rekod, baki enam agenda sebelum ini adalah Sekuriti Makanan, Ekonomi Digital, Perlombongan Bertanggungjawab, Perak Koridor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara, Pembuatan Keputusan Berpacukan Data dan Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri.
Saarani berkata berdasarkan pemantauan dan penilaian yang dibuat pelbagai jabatan serta agensi pelaksana, pelan tersebut kini berada di landasan betul dalam memenuhi kesemua sembilan agenda yang ditetapkan bagi mencapai tiga sasaran iaitu Sejahtera Ekonomi, Sejahtera Sosial dan Sejahtera Politik.
Saarani berkata negeri itu berada di landasan betul bagi menjayakan pelan Perak Sejahtera 2030 berdasarkan buku Laporan Kemajuan Tahun Kedua Perak Sejahtera 2030 setebal 287 muka surat yang memperincikan 234 projek yang dilaksanakan melalui pembangunan strategik tersebut.
Beliau berkata buat pertama kalinya juga, kerajaan negeri melancarkan papan pemuka Perak Sejahtera 2030 untuk memantau dan menilai status pelaksanaan setiap projek dan inisiatif yang digariskan dalam pelan berkenaan.
"Dalam tempoh dua tahun ini (bermula 2022), kerajaan negeri berusaha mewujudkan kestabilan politik melalui dasar-dasar berorientasikan rakyat dan amalan tadbir urus yang baik bagi menarik keyakinan pelabur," katanya.
Saarani berkata hasil daripada usaha itu, kerajaan negeri mampu merencana dan melaksanakan projek-projek berimpak tinggi termasuk Bandar Perindustrian Ma-ritim Lumut (LuMIC), Perak Halal Industrial Park (Perak HIP), Silver Valley Technology Park (SVTP), Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV).
Menurutnya, pelaksanaan kesemua projek itu sedang giat dilakukan termasuk melalui sinergi yang baik dengan kerajaan Persekutuan serta pelbagai inisiatif dan program Sejahtera Sosial yang dilaksanakan telah menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.
"Memasuki tahun kedua pelaksanaan Perak Sejahtera 2030, kerajaan negeri kini lebih memfokuskan kepada pelaksanaan dan pemantauan kemajuan pelan tersebut melalui dua komponen iaitu Petunjuk Prestasi Utama Perak Sejahtera dan Indeks Kesejahteraan Perak," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri turut menggerakkan usaha memperkasakan lagi Perak Sejahtera 2030 dengan memberdayakan ekonomi dan meneroka sumber pendapatan baru khususnya dalam sektor ekonomi biru dan ekonomi penjagaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 10 2024

Saarani berkata penambahan itu menjadikan pelan tersebut satu pelan yang dinamik dan boleh diubah suai, selain mampu ditambah baik dari semasa ke semasa mengikut tuntutan masa serta keadaan. - Gambar Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Raja ilmuan berjiwa rakyat
Kesarjanaan Sultan Nazrin bukan sahaja dikagumi rakyat negara ini, malah turut disanjung masyarakat antarabangsa.

Tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 - Saarani
Saarani mengumumkan penambahan tiga agenda baharu dalam pelan Perak Sejahtera 2030 iaitu Pembangunan Sosial, Kelestarian Alam dan Biodiversiti serta Pemerkasaan Pihak Berkuasa Tempatan.

Perak sasar hasil perlombongan 'lantanid' tahun depan - Saarani
Ketika ini, kerajaan negeri sedang menunggu keputusan daripada kementerian yang terlibat sebelum proses perlombongan dapat dimulakan.

Sekuriti makanan: Perak SADC sedia RM306 juta peruntukan 2023
Usaha itu akan dijalankan menerusi dua segmen iaitu projek pelaburan dan program CSR yang menjurus kepada kesejahteraan rakyat Perak.

Karnival Sekuriti Makanan @ Perak Sejahtera 2030 di Lubok Merbau Ahad ini
Karnival itu turut menampilkan pameran-pameran pertanian serta pembukaan kaunter khidmat pelanggan daripada pelbagai agensi yang terlibat.