KUALA LUMPUR: Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal hari ini.
Mereka ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nabawan Datuk Bobbey Ah Fang Suan, Ketua Penerangan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah Anna Bell @ Suzieana Perian dan bekas Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak Pele Peter Tinggom.
Pelantikan Anna Bell dan Pele merupakan lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 4 Mac 2027, manakala Bobbey adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula hari ini hingga 4 Jan 2027.
Kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator pada majlis yang berlangsung di Dewan Negara.
Mutang ketika berucap mengalu-alukan pelantikan ketiga-tiga Ahli Dewan Negara itu mengingatkan agar institusi senat Dewan Negara dimartabatkan sebagai badan legislatif tertinggi negara dan melontarkan idea, pandangan serta cadangan yang benar-benar bebas daripada pengaruh peribadi dan politik dalam memutuskan sesuatu rang undang-undang atau usul.
Beliau juga menekankan kepentingan agar setiap Ahli Dewan sentiasa membuat persediaan kajian awal yang komprehensif dalam mempertimbang dan berbahas serta menjalin hubungan erat dengan media dan berkongsi input perbahasan di dalam Dewan Negara untuk hebahan luas menerusi media cetak dan elektronik.
"Gunakan juga platform media sosial peribadi masing-masing secara aktif agar dapat mencapai liputan yang luas dalam kalangan pelbagai lapisan masyarakat yang aktif dalam dunia siber," katanya.
Dalam pada itu, Anna Bell berharap dapat menggunakan pengalamannya di dalam arena politik dan pentadbiran jabatan kerajaan untuk menyuarakan pelbagai isu termasuk di Sabah bagi memastikan kesejahteraan rakyat.
Pele pula berharap dapat menyuburkan semangat demokrasi melalui hujah-hujah yang jitu terhadap polisi dan dasar yang dibawakan dalam persidangan kerana beranggapan ia adalah satu proses semak imbang yang harus diikuti demi kepentingan rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
![Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709623051_TBMUTANG.jpg)
Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal (dua, kiri) bergambar bersama tiga Ahli Dewan Negara yang baharu mengangkat sumpah jawatan di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
![Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349606_TBINDONESIASENJATA.jpg)
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah perdagang senjata api
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, bulan lepas.
![Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732176967_TBscam.jpg)
Kempen keselamatan dalam talian perkukuh kesedaran ancaman siber - Pakar
Inisiatif itu amat penting berikutan perkembangan pesat teknologi dan peningkatan kecekapan sindiket jenayah siber.
![BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3 BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739349155_tbBEREGUlelakinega.jpg)
BAMTC 2025: Malaysia tumpas di tangan Hong Kong 2-3
Malaysia terpaksa akur tewas 2-3 kepada Hong Kong dalam aksi pembuka tirai Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China.
Gunung berapi Kilauea di Hawaii
Gunung berapi Kilauea di Hawaii memuntahkan lava sekali lagi dalam letusan baru pada Selasa.
Aset kripto jadi peluang baru pelaburan tetapi risiko masih ada
Namun Pengurus Negara, StashAway Malaysia, Wong Wai Ken berkata, pelabur harus tetap berhati-hati kerana aset kripto, walaupun banyak risiko telah dihapuskan, ia tetap merupakan kelas aset yang sangat volatil dengan potensi turun naik yang tinggi.
KWSP nafi salah laku, pelanggaran undang-undang dalam urus niaga MAHB
KWSP sekali lagi menekankan dasar "Chinese Wall" yang diamalkannya, iaitu pengasingan nyata antara kumpulan yang mempunyai akses kepada maklumat dalaman, dengan kumpulan yang berdagang di pasaran terbuka.
![Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739348672_SarawakAirBorneo.jpg)
Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.
![Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-10/41539605487_ADDICT.jpg)
Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.
![Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41685516815_TBJHOLOW.jpg)
Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.
![Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739349246_SemiconductorSemik.jpg)
Dasar AS tidak jejas peluang Malaysia tingkat pelaburan asing - MIDA
Risiko kesan negatif terhadap prestasi eksport Malaysia, khususnya semikonduktor adalah minimum.
![Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729557577_TBLuongCuong.jpg)
Jeneral Luong Cuong dipilih Presiden Vietnam yang baharu
Naib Pengerusi Parlimen Nguyen Thi Thanh membentangkan draf resolusi bagi pihak Jawatankuasa Tetap Parlimen.
![Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717946693_TBMODISPEECH.jpg)
Narendra Modi mulakan penggal ketiga sebagai Perdana Menteri India
Narendra Modi memulakan penggal ketiganya sebagai Perdana Menteri India pada Ahad selepas mengangkat sumpah jawatan.
![Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709623051_TBMUTANG.jpg)
Tiga Ahli Dewan Negara angkat sumpah Senator hari ini
Tiga Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal hari ini.
![40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN 40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693281111_angkatSumpah.jpg)
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
![Mengurus naratif Melayu cabaran buat MB, Kerajaan Negeri Selangor akan datang - Ilham Centre Mengurus naratif Melayu cabaran buat MB, Kerajaan Negeri Selangor akan datang - Ilham Centre](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638436422_SultanSelangorSult.jpg)
Mengurus naratif Melayu cabaran buat MB, Kerajaan Negeri Selangor akan datang - Ilham Centre
Menteri Besar Selangor yang akan menyempurnakan angkat sumpah pada Isnin mempunyai tugas besar untuk meneruskan kecemerlangan pentadbiran penggal sebelum ini.
![16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara 16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679299448_RaisYatim.jpg)
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
![Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51643979216_TBMASHUPORANGA.jpg)
Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan
Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.
![Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604878738_BoliviaNewPresiden.jpg)
Luis Arce angkat sumpah sebagai Presiden Bolivia
Acara angkat sumpah itu turut dihadiri Raja Sepanyol VI, Presiden Argentina, Alberto Fernndez, dan Presiden Colombia, Ivan Duque.
![Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/41601348923_HajijiMohdNoor.jpg)
Kenali Hajiji Mohd Noor, Ketua Menteri Sabah baharu
Hajiji, 65, yang juga Ahli Dewan undangan negeri (ADUN) Sulaman mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri jam 10.35 pagi ini.
![Krisis MB Perlis: Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie Apdal Krisis MB Perlis: Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie Apdal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/41475941199_DSShafieApdal.jpg)
Krisis MB Perlis: Tindakan Shahidan tidak bijak - Shafie Apdal
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertikai keputusan Raja Perlis dalam pelantikan menteri besar negeri itu.