TUMPAT: Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di kawasan rumah mereka yang ditenggelami air di Kampung Morak, di sini pada Isnin.
Ketiga-tiga mangsa itu ditemukan dalam keadaan terapung dipercayai terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang elektrik berhampiran rumah mereka.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian, kira-kira jam 11.45 pagi.
Komander operasi melaporkan mangsa-mangsa telah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, menurut adik mangsa, Mohd Anim Mohd Nazir, sewaktu kejadian kesemua kakaknya ingin keluar untuk melihat air banjir berhampiran rumah mereka dan pada masa sama rumah mereka turut digenangi air di paras kaki.
Menurut Mohd Anim, kakak sulungnya dikenali sebagai Nurul Syazwani, 27, kakak kedua, Sakinah dan ketiga, Fatiah, berusia sekitar 20-an.
Nurul Syazwani bertugas sebagai guru tadika, Sakinah pula bertugas sebagai guru di Pusat Asuhan dan Tarbiyah Islam (PASTI), manakala Fatiah tidak bekerja.
Tambah Mohd Anim, terdapat kabel elektrik yang 'terkoyak' (rosak) di tiang elektrik berhampiran yang dipercayai menyebabkan Sakinah terkena renjatan elektrik.
Nurul Syazwani dan Fatiah yang melihat Sakinah hampir rebah ingin membantu, sebelum ketiga-tiga mereka turut terkena renjatan elektrik.
Kesemua jenazah ketiga-tiga beradik berkenaan kini berada di Unit Forensik Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.
Difahamkan, talian elektrik di kawasan kampung berkenaan sudah diputuskan selepas kejadian berkenaan.
Muhafandi Muhamad
Mon Dec 19 2022

Ketiga-gadis gadis tersebut ditemui dalam keadaan terapung dan meninggal dunia.- Foto tangkapan layar visual PDRM

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

'Rayu nak pergi kedai, beli ais krim untuk kali terakhir'
Berita membabitkan ketiga-tiga anaknya diketahui selepas menerima panggilan telefon daripada isterinya pada jam 1 tengah hari Sabtu ketika sedang bekerja.

Tiga beradik maut motosikal bertembung MPV
Kejadian pada tengah hari Sabtu itu meragut nyawa Nik Ikram Idwan dan adik-adiknya, Nik Nur Faqihah dan Nik Ikram Nuqman.

Tiga beradik maut dalam nahas di Lahad Datu
Dalam kejadian itu, tiga beradik yang menaiki motosikal disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

Banjir Kelantan: ST siasat kes tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang meragut tiga nyawa akibat terkena renjatan elektrik di Tumpat, Kelantan semalam bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Maut renjatan elektrik: 'Kami hilang tiga permata sekali gus'
Ketiga-tiga mangsa renjatan elektrik iaitu Nurul Syazwani Mohd Nadzir, 33, Sakinah, 29, serta Noor Fathiah, 27, merupakan anak perempuan yang mereka ada daripada lapan beradik.

Maut renjatan elektrik: Nor Syazwani guru komited
Pemergian guru tadika, Nor Syazwani Mohd Nazir, 33, mangsa banjir yang maut akibat terkena renjatan elektrik pada Isnin disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat warga pendidik di Pasti.

TNB siasat insiden tiga beradik maut kena renjatan elektrik
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan siasatan insiden tiga beradik maut dipercayai akibat renjatan elektrik dalam bencana banjir di Kelantan.

Tiga beradik maut terkena renjatan elektrik
Tiga beradik perempuan maut dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah rumah yang ditenggelami air di Kampung Morak, di Tumpat pada Isnin.