GEORGE TOWN: Tiga beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan bergaduh di tempat awam bulan lepas.
Oo Teck Yeon, 55, isterinya, Chuah Chew Teng, 54, dan anak mereka, Oo Cheng Sing, 28, didakwa bersama-sama melakukan perbuatan itu di Jalan Loh Poh Heng, Tanjung Bungah di sini, kira-kira pukul 11.20 pagi, 8 Mei lepas.
Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syairah Aqilah Khalil manakala semua tertuduh diwakili oleh Zainal Akram Zainal Azahar.
Majistret Mohamad Azlan Basri menetapkan jaminan RM2,500 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 11 Julai untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan enam individu daripada dua keluarga selepas terlibat dalam satu pergaduhan di Tanjung Bungah, yang dipercayai berpunca setelah tidak berpuas hati dengan punca kemalangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 07 2023

Semua mereka didakwa mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. -Gambar hiasan

Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing - Sivaraj
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa AS.
PETRONAS kerjasama dengan Energy Institute, percepat peralihan tenaga
PETRONAS menjalin kerjasama strategik dengan Energy Institute (EI), menjadikannya syarikat pertama beribu pejabat yang berpusat di Asia Tenggara menyertai badan profesional berpangkalan di United Kingdom itu sebagai rakan teknikal.
AWANI Sabah+: SYUKUR inisiatif basmi kemiskinan tegar
Kerajaan Negeri Sabah terus komited dalam usaha membasmi kemiskinan di wilayah itu melalui Program Sentuhan Kasih Rakyat atau SYUKUR yang menyediakan bantuan bulanan RM300 kepada mereka yang layak.
MWC 2025: 19 MoU dimeterai, perkukuh teknologi, digital Malaysia
Malaysia terus memperkukuh transformasi digitalnya hasil pemeteraian 19 memorandum persefahaman (MoU) antara pemain industri tempatan bersama peneraju teknologi global di sela Mobile World Congress (MWC) 2025.

Kerajaan adakan jerayawara dapatkan maklum balas RUU Pembiayaan Politik - Azalina
Kerajaan akan mengadakan jerayawara ke seluruh negara bagi mendapatkan maklum balas mengenai cadangan Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik.
750 rakyat Malaysia diselamatkan dari sindiket penipuan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyelamatkan 750 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara setakat 25 Februari, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, beliau menjelaskan bahawa operasi penyelamatan ini dijalankan melalui saluran diplomatik dengan bantuan pihak berkuasa tempatan serta polis Malaysia.
Sindiket e-waste: Nilai rampasan keseluruhan cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.
Beliau berkata, siasatan Polis Diraja Malaysia kini bukan hanya tertumpu kepada penemuan peluru, tetapi juga aspek keselamatan negara, kerana jumlah yang ditemui adalah terlalu besar, iaitu 40 tan peluru hidup, kelongsong peluru, serta jongkong timah.
Tiga sahabat bebas pertuduhan mengedar, memiliki dadah
Mahkamah Tinggi Johor Bahru melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis methamphetamine, enam tahun lepas.

Mentega Terbang: Permohonan pengarah, penerbit rujuk persoalan undang-undang ditolak
Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy membuat keputusan tersebut selepas memutuskan bahawa Seksyen 298 KK adalah sah dan mengikut Perlembagaan.
AWANI Borneo [6/3/2025] – Bincang dasar kewangan strategik | Hak autonomi umno Sabah | Dua juragan tempatan ditahan
#AWANIBorneo bersama Fauzi Zin
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran
- Abang Jo, Masidi hadiri Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Putrajaya
- Penggantungan keahlian Shahelmey hak autonomi UMNO Sabah
- APMM rampas lebih tujuh tan barang kawalan disyaki cuba diseludup ke negara jiran

Pecah masuk pejabat ADUN Komtar: Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000
Murli didapati bersalah berdasarkan rakaman CCTV dan cap jari yang ditemukan di lokasi kejadian.

Sebutan kes Along Cham didakwa miliki kanabis 7 April
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Insp Sutri Patang manakala Muhammad Nizamuddin diwakili peguam Syed Yusuf Syed Zaid.

Lelaki cabul kanak-kanak di masjid didakwa Khamis ini
Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini.

Wanita tikam suami berkali-kali hingga mati dituduh Isnin ini
Suspek wanita yang disyaki menikam suaminya sehingga maut di hadapan rumah mereka di sebuah pangsapuri di sini akan dituduh di Mahkamah Majistret Kajang, Isnin depan.

Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.

Dua lelaki didakwa terlibat insiden langgar lari depan pusat hiburan
Dua lelaki didakwa merusuh bersenjatakan pisau dalam insiden langgar lari di Jalan Klang Lama.

Penganggur didenda RM3,500 rakam video wanita tukar pakaian di bilik persalinan
Seorang lelaki didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan merakam video mangsa yang sedang menukar pakaian di bilik persalinan.

Dua lelaki didakwa edar dadah lebih 22 kilogram
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah lebih 22 kilogram (kg) awal bulan ini.

Disyaki terima rasuah RM900,000, dua individu termasuk pengarah agensi kerajaan direman
Dua lelaki termasuk seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Terengganu direman enam hari bermula hari ini kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM900,000.

Anak demam di Australia, Nurul Shuhada tidak hadir mahkamah
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu menetapkan 8 dan 13 Mei depan untuk tarikh akhir kehadiran pempengaruh, Nurul Shuhada Mat Shukri bagi prosiding kes perbicaraan dicederakan bekas suaminya.