Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.
Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Siasatan juga dibuat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan merusuh dan mencuri.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa turut memaklumkan, suspek yang ditahan adalah kerana disyaki cuba mencetuskan provokasi.
Insiden yang dicetuskan oleh pergaduhan itu bermula kira-kira 12.05 pagi Isnin berhampiran sebuah hotel apabila kumpulan perusuh bertindak menyerang seorang mangsa dengan menggunakan topi keledar.
Keadaan menjadi tegang selepas tujuh lelaki didakwa mengamuk di Plaza Low Yat apabila seorang rakan mereka didakwa ditipu penjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut.
Bagaimanapun, keadaan menjadi tenang semula selepas polis mengarahkan orang ramai bersurai dari kawasan tersebut kira-kira 12.40 pagi.
Sehingga pukul 2 pagi polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan, FRU kekal berada di lokasi bagi mengawal keadaan.
BACA: Polis tutup laluan ke Plaza Low Yat, 4 individu ditahan
BACA: KPDNKK mulakan siasatan, akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta
BACA: Plaza Low Yat kecoh, tujuh lelaki mengamuk
Sementara itu Tajuddin turut meminta orang ramai tidak mempercayai khabar angin yang disebarkan di media sosial atau membuat sebarang kesimpulan yang boleh mengganggu kes berkenaan.
Mengulas lanjut mengenai insiden kekecohan pada malam Ahad itu, beliau berkata sekumpulan lelaki berkumpul di hadapan pintu besar pusat membeli-belah tersebut pada sekitar jam 8.30 malam.
Beberapa anggota polis cuba menyelamatkan mangsa dan terpaksa mengeluarkan senjata untuk menghalang perusuh tetapi tidak berjaya.
Tidak lama kemudian kedengaran beberapa bunyi letupan kuat dipercayai mercun.
Pada masa sama sekumpulan lelaki turut dilihat cuba memasuki bangunan berhampiran dan melepaskan kemarahan dengan memecahkan pintu premis berkenaan.
Beliau berkata, semua laluan berhampiran Plaza Low Yat termasuk Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang dikosongkan sehingga keadaan benar-benar selamat.
Hakim Rahman
Sun Jul 12 2015

Polis turut membuka dua kertas siasatan melibatkan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Foto Astro AWANI/Hakim Rahman

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Gaduh Low Yat: "Ali Tinju" ditahan mengikut Akta Hasutan
Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom, bagi membantu siasatan berhubung kekecohan di Plaza Low Yat, pada Ahad.

Rusuhan Low Yat: Tiga individu ditahan direman tiga hari
Tiga individu yang ditahan dalam rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat awal pagi tadi direman tiga hari bermula Ahad sehingga Selasa.

Wartawan bersatu kutuk serangan ke atas pengamal media di Plaza Low Yat
Serangan ke atas wartawan akhbar berbahasa Cina semasa kekecohan di Plaza Low Yat merupakan satu petunjuk jelas bahawa pihak yang bertangung jawab sengaja menimbulkan masalah.

Jangan manipulasi isu Low Yat jadi isu perkauman - PAS
Semua pihak perlu bertenang dan mengelak sebarang provokasi baru ekoran insiden di Bukit Bintang pagi Isnin, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keadaan kembali tenang seperti tiada apa yang berlaku di Plaza Low Yat pagi ini
Keadaan di Plaza Low Yat yang tegang pada malam Ahad dan awal pagi tadi dilaporkan tenang sehingga pukul 9 pagi tadi.

Keadaan di Low Yat terkawal - Khalid
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar mengesahkan keadaan di Plaza Low Yat yang tegang akibat rusuhan oleh beberapa kumpulan pada Ahad adalah terkawal.

Tiga cedera rusuhan dekat Plaza Low Yat
Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Gaduh Low Yat: KPDNKK mulakan siasatan, akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta
KPDNKK Kuala Lumpur akan memulakan siasatan berkenaan dakwaan kononnya pergaduhan di Plaza Low Yat pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga.