Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis daerah Kemaman kira jam 8 malam.
"Mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.
Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira jam 9.30 pagi.
Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.