KOTA BELUD: Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan peledak di perairan Taburan, Kota Belud, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu turut merampas beberapa peralatan mengebom ikan.
Kegiatan berkenaan dapat dipatahkan hasil operasi Op Benteng dan Op Gelora Khas yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai PPM.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Roslan Awang berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan, pasukan PPM berjaya merancang satu operasi teliti bagi menumpaskan aktiviti berkenaan.
Katanya, ketika rondaan di kawasan sasaran, pihaknya mengesan dua bot pam dalam keadaan mencurigakan sedang berlegar-legar di perairan berkenaan.
"Pasukan PPM kemudiannya melancarkan operasi dengan mengejar bot pam yang dinaiki tiga lelaki terbabit sebelum berjaya ditahan sejurus selepas itu.
"Sebaik sahaja ditahan, pemeriksaan berjaya menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan termasuk dua unit detonator siap dipasang bersama fius keselamatan serta berisi baja jenis Ammonium Nitrate," katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.
Roslan berkata, pihaknya turut merampas empat botol kaca, mancis kayu dan 10 kilogram pelbagai jenis ikan yang disyaki ditangkap menggunakan kaedah bom ikan.
Manakala katanya, sebuah lagi bot pam dinaiki dua lelaki yang memecut laju ke arah Pulau Silad, di sini, pula ditinggalkan di pesisir pantai pulau berkenaan.
"Hasil pemeriksaan terhadap bot berkenaan berjaya menemui satu botol berisi baja Ammonium Nitrate bersama cermin selam, jaring ikan, serta lima kilogram pelbagai jenis ikan yang turut disyaki diperoleh dengan keadah mengebom ikan.
"Semua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud untuk tindakan lanjut," katanya.
Roslan berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dan enjin serta peralatan lain dianggarkan berjumlah RM32,000.
Katanya, kes disiasat mengikut Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985.
Katanya, sebarang maklumat boleh disalurkan menerusi aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.
Ruzaini Zulkepli
Thu Mar 18 2021

Kegiatan berkenaan dapat dipatahkan hasil operasi Op Benteng dan Op Gelora Khas yang dijalankan sepasukan anggota dan pegawai PPM.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.

AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.

Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.

Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.

Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.

28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.

Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.

Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.