IPOH: Tiga juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas pertuduhan menipu berhubung urusan bayaran membaiki kerosakan kabel berjumlah RM6,000, tahun lalu.
Tertuduh, Azhari Abdul Ghani, 46, Faizizee Azami, 31, dan Mohd Noor Hakim Noor Rashid, 38, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru.
Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka secara bersama didakwa memperdayakan seorang lelaki berusia 43 di perkarangan parkir, Jalan Sentral Sungkai 7, Sungkai pada 4 petang, 14 hingga 15 Ogos tahun lepas.
Mereka didakwa bersama-sama memperdayakan individu tersebut untuk mempercayai bahawa bayaran RM6,000 merupakan bayaran bagi pihak kontraktor yang dilantik TNB untuk membaiki kerosakan kabel di antara SS Felda Besout 4 dan SS Besout By Pass K. Slim, sedangkan pihak kontraktor membuat tuntutan kepada TNB.
Mereka dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, dibaca dengan Seksyen 34 kanun yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun, tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat serta boleh dikenakan denda.
Mahkamah kemudiannya membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM8,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan 12 Julai hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maziyah Mansor manakala Peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Azhari serta Faizizee dan Shahidah Muslimah Roslan dan Noor Hidayah Mohd Saad mewakili Mohd Noor Hakim.
Abd Razak Mohd Ali
Wed May 05 2021

Tertuduh, Azhari Abdul Ghani, 46, Faizizee Azami, 31, dan Mohd Noor Hakim Noor Rashid, 38, membuat pengakuan tidak bersalah selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim S Indra Nehru. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Tiga juruteknik didakwa tipu bayaran baiki kabel
Tiga juruteknik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan menipu berhubung urusan bayaran membaiki kerosakan kabel berjumlah RM6,000.