ALOR SETAR: Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, di sini pada Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, penahanan tiga suspek menjadikan jumlah tangkapan seramai empat orang setakat ini.
Ahmad Shukri berkata, mereka ditahan di tiga lokasi berasingan di Changlun, Jitra dan Alor Setar antara jam 7 hingga 9 malam pada Selasa.
"Dalam serbuan pertama, kami menahan seorang wanita berusia 39 tahun diikuti seorang lelaki berusia 42 tahun dalam serbuan kedua dan seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dalam serbuan ketiga.
"Melalui ujian saringan air kencing, dua suspek tersebut didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
BACA: Polis tahan suspek larikan orang, buru rakan subahat
Beliau menambah, ketiga-tiga suspek baharu itu direman selama enam hari bermula Rabu hingga 1 Mei depan.
"Setakat ini, mangsa telah ditemui dan motif kejadian terbabit masih dalam siasatan,"katanya.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki berusia 27 tahun dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita dalam kejadian jam 6.30 petang di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, di sini, pada Isnin.
Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun dan memburu beberapa individu lagi bagi menyelesaikan kes melarikan lelaki itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023

Media sebelum ini melaporkan seorang lelaki dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita dalam kejadian di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, pada Isnin. - Gambar/ PDRM
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Mayat dalam kereta: 3 lagi suspek termasuk teman wanita mangsa ditahan
Seramai tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki melarikan seorang lelaki, sebelum mayatnya ditemui dalam sebuah kereta di Batu 14, pada 6 September lalu.

Tiga lagi individu ditahan kes larikan lelaki
Tiga lagi individu termasuk seorang wanita ditahan bagi menyelesaikan kes melarikan seorang lelaki di hadapan sebuah hotel di Shahab Perdana, di sini pada Isnin lepas.