SEREMBAN: Polis menahan tiga lagi individu termasuk seorang pelajar kerana menunggang motosikal secara berbahaya di Kilometer 14-16 Lebuhraya Seremban-Port Dickson seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua lelaki berumur 17 hingga 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson kira-kira pukul 4.20 petang tadi.
"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya," katanya dalam kenyataan di sini.
Sehubungan itu, Aidi Sham berkata polis telah menyelesaikan kes berkenaan menerusi penahanan keseluruhan tujuh individu dengan empat daripadanya ditahan semalam di dua lokasi berasingan iaitu di Bukit Rambai dan Cheng, Melaka pada pukul 1 pagi hingga 4 pagi.
Pada Ahad lepas, tular dalam media sosial memaparkan aksi kesemua penunggang itu menunggang motosikal dengan cara membongkok badan, bersaing sesama sendiri dan membuat aksi zig-zag sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain.
Perbuatan tersebut dipercayai dirakam oleh pemilik akaun tiktok ym_yuliaevanna dan dimuat naik dalam laman Facebook 'N9 Info Trafik'.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 21 2021

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata kesemua lelaki berumur 17 hingga 18 tahun itu tampil menyerah diri di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson. - Bernama

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Penunggang motosikal maut rempuh belakang lori di laluan kecemasan
Kemalangan berlaku apabila seorang lelaki berusia 30 tahun itu terlanggar bahagian belakang sebuah lori yang berada di lorong kecemasan.

Dua remaja langgar lari wanita warga emas
Hasil siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun yang menunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen.

Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas motosikal jatuh sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal ditungganginya terjatuh ke dalam sungai Padang Terap di Chegar petang ini.

Sebuah MPV, motosikal musnah dalam kebakaran rumah teres dua tingkat di Klang
Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan motosikal Honda Dash musnah dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tengku Badrishah di Taman Klang Ria, Klang, petang semalam.

MPV rempuh lima kenderaan, seorang penunggang motosikal maut
Siasatan awal mendapati semasa kejadian sebuah kenderaan telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan.

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.

73 motosikal disita, ubai suai tidak mengikut spesifikasi
Sebanyak 1,500 kenderaan diperiksa dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew, Jalan Kuching, dan Jalan Tun Razak.

Suspek ragut wanita warga emas diberkas
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki meragut beg tangan seorang wanita warga emas di Jalan Mutiara, Taman Mutiara, di sini pada 20 Jan lepas.

12 buah motosikal musnah terbakar di Parit
Kejadian pada jam 3.39 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.