SHAH ALAM: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang dekat sini pada 8.32 malam semalam.
Pengarah Maritim Selangor Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata nelayan asing itu ditahan ketika sedang leka melakukan aktiviti perikanan pada kedudukan 5.8 batu nautika barat daya muara Sungai Tengi oleh pasukan maritim yang melakukan rondaan di perairan tersebut.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang tekong bersama dua kru warga Myanmar berumur lingkungan 30 hingga 38 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati tekong dan kru tidak mempunyai dokuman pengenalan diri yang sah selain bot beroperasi kurang daripada lapan batu nautika dari daratan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Abdul Muhaimin berkata semua kru bersama bot dan hasil tangkapan serta peralatan menangkap ikan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.
Menurutnya kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat lesen iaitu melakukan aktiviti menangkap ikan di zon larangan serta menggajikan warga asing tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 27 2024

APMM) Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang pada 8.32 malam semalam. - Gambar hiasan

KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
JPN dan pihak sekolah juga sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan agar penjualan dalam radius 40 meter dari pagar sekolah tidak berlaku.

Kematian kanak-kanak tercekik 'gummy' tiada unsur jenayah - Polis
Polis mengesahkan kematian kanak-kanak berusia 10 tahun, Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin selepas didakwa tercekik gula-gula gummy, tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

90 peratus penduduk Syria hidup dalam kemiskinan selepas bertahun-tahun perang saudara
Perang saudara selama 14 tahun di Syria telah menyebabkan 618,000 nyawa terkorban dan 13,000 orang hilang secara paksa.
AWANI Ringkas: 'Gummy' mata - Jabatan Kesihatan Pulau Pinang siasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

New York saman pengedar vape jual e-rokok kepada kanak-kanak
New York pada Khamis menyaman beberapa pengedar rokok elektronik terbesar di negara itu, menuduh syarikat itu melanggar undang-undang negeri yang melarang penjualan vape kepada kanak-kanak.

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Tekong bersama 34 warga Indonesia ditahan, cuba keluar secara haram
APMM Selangor menahan 35 pendatang asing tanpa izin warga Indonesia termasuk tekong dipercayai cuba keluar secara haram dari negara ini.

Tiga lelaki Myanmar ditahan kendali bot nelayan tempatan
APMM Selangor menahan tiga lelaki warga Myanmar yang bekerja di atas bot nelayan tempatan kelas B1 tanpa kebenaran di perairan Tanjong Karang.

APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.

APMM Selangor kesan warga emas jatuh laut
APMM Selangor meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki warga emas yang dipercayai terjatuh ke laut di Jeti Awam Tanjung Sepat, Kuala Langat, semalam.

APMM Selangor tahan bot kargo bawa minyak tanpa kebenaran
Bot itu ditahan oleh bot PERKASA 35 semasa rondaan rutin dan penguatkuasaan di perairan Selangor sekitar jam 10.30 pagi tadi.

Seludup PATI keluar dan masuk Malaysia, APMM Selangor tumpaskan sindiket 'Ibu Ani'
Kesemua suspek akan disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan juga Akta Imigresen 1969/63.