BELURAN: Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah traktor yang dinaiki pekerja ladang, hilang kawalan dan jatuh ke dalam gaung di sebuah kawasan ladang sawit di Jalan Sapi Nangoh di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Beluran Supt Hasan Majid berkata pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu pada 5.42 petang, melibatkan seorang lelaki warga Indonesia berumur 28 tahun, serta dua wanita warga Filipina (42 dan 28 tahun), maut di tempat kejadian.
"Manakala empat mangsa yang mengalami cedera parah ialah pemandu jentera lelaki Indonesia (29 tahun) dan tiga wanita Filipina (22, 26 dan 45 tahun).
"Ketika kejadian, semua mangsa berada di atas traktor yang sama, dan semasa traktor itu melalui jalan curam, pemandu gagal mengawal jentera mengakibatkan traktor itu terbabas dan terus menjunam ke dalam gaung," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Hasan berkata siasatan mengenai kejadian itu masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Keadaan traktor yang terjatuh ke dalam gaung di Jalan Sapi Nangoh, Beluran, dalam kejadian petang semalam. - Foto Sinar Harian
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tiga maut, empat cedera parah traktor dinaiki pekerja ladang jatuh gaung di Beluran
Kejadian melibatkan seorang lelaki warga Indonesia serta dua wanita warga Filipina maut di tempat kejadian.