Tiga mayat Orang Asli suku Batek yang ditanda dalam operasi mencari oleh pihak berkuasa pada Rabu lepas dibawa keluar kira-kira 5.55 petang ini untuk proses bedah siasat di Hospital Gua Musang di sini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata tiga mayat tersebut dipercayai adalah Din a/l Hamdan, 18, dan Fayah a/p Papan, 19, serta adiknya, Safia, 18.
"Jarak ketiga-tiga mayat yang disemadikan terletak antara dua hingga lima kilometer dari satu sama lain dan dipercayai meninggal dunia pada 20 hingga 22 Mei lepas.
"Baki lima mayat yang telah ditanda sebelum ini akan dibawa keluar secara berperingkat-peringkat selepas ini," katanya kepada pemberita di Felda Aring 10 di sini, hari ini.
Pada tengah hari tadi, polis membawa keluar mayat Puja a/p Joh, 20-an, gadis Orang Asli suku Batek Kuala Koh yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru untuk bedah siasat kali kedua pada 1.30 tengah hari tadi.
Ditanya mengenai empat lagi mayat yang dipercayai disemadikan di hulu Sungai Lebir, Mohd Taufik berkata pasukan pencari akan ke lokasi berkenaan pada pagi esok.
"Saya difahamkan oleh penunjuk jalan Orang Asli, lokasi berkenaan terletak jauh ke dalam hutan dan perlu menyusuri sungai selama kira-kira empat atau lima jam.
"Kami akan masuk pada awal pagi esok ke lokasi supaya pasukan SAR tidak perlu bermalam di dalam hutan," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Taufik berkata polis akan membuka kertas siasatan sebagai mati mengejut terhadap 12 mayat Orang Asli berkenaan.
Masyarakat Orang Asli suku Batek mula menjadi perhatian selepas 14 daripada mereka dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan radang paru-paru.
Statistik terbaru yang diperoleh di Pusat Media menunjukkan seramai 103 Orang Asli menerima rawatan sehingga 13 Jun membabitkan 56 pesakit luar, 42 ditempatkan di wad biasa dan lima di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Gua Musang, Hospital Kuala Krai dan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Daripada jumlah tersebut, ia membabitkan 50 lelaki dan 53 perempuan, melibatkan 53 kanak-kanak di bawah 12 tahun dan 52 pesakit dewasa.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 14 2019
![Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560519476_SuptMohdTaufikMaidin.jpg)
Mohd Taufik berkata pasukan pencari akan ke kawasan hulu Sungai Lebir pagi esok bagi menjejaki empat lagi mayat yang dipercayai disemadikan di sana. --fotoBERNAMA/Fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/51564391286_DATUKSERIDRDZULKE.jpg)
Kematian 12 Orang Asli disebabkan demam campak, bukan keracunan logam berat - KKM
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata berdasarkan keputusan analisa sampel persekitaran dan laporan forensik, kematian mereka bukannya disebabkan keracunan logam berat.
![Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562605029_OrangAsliGuaMusang.jpg)
Tragedi Kuala Koh: Kampung sunyi selepas status zon merah ditarik
Hanya terdapat 30 daripada 185 Orang Asli suku Batek berada di rumah masing-masing manakala 155 orang lagi yang dijangkiti penyakit itu ditempatkan di PPS Etnobotani sebelum dibebaskan zon merah.
![Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560519476_SuptMohdTaufikMaidin.jpg)
Tiga mayat Orang Asli yang ditanda pada Rabu dibawa keluar hari ini
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata tiga mayat tersebut dipercayai adalah Din a/l Hamdan, 18, dan Fayah a/p Papan, 19, serta adiknya, Safia, 18.
![Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560308922_OrangAsli.jpg)
Beri jawapan segera berhubung penyakit yang menimpa penduduk Kuala Koh
Masyarakat di negara ini masih tertanya-tanya apakah punca sebenar wabak yang menimpa komuniti Orang Asli suku Batek di Kampung Kuala Koh.
![Mendampingi orang asli Batek Mendampingi orang asli Batek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-01/51388978305_120x90.jpg)
Mendampingi orang asli Batek
Azlinariah berharap keunikan Orang Asli di Taman Negara boleh dijadikan produk pelancongan yang menarik untuk Malaysia, sama seperti produk berasaskan membeli-belah atau pusat peranginan.