BUKIT MERTAJAM: Tiga lelaki pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara lima hari selepas mengaku bersalah manakala tiga wanita minta dibicarakan di Mahkamah Majistret sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu.
Muhammad Zulhakimi Masdi, 22, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha manakala di Mahkamah Majistret berlainan, Mohamad Hazi Zainuddin, 28 dan Muhammad Amir Md Ishak, 19, juga mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret
Mohd Zaki Abd Rahman.
Sri Pracha memerintah hukuman penjara lima hari terhadap Muhammad Zulhakimi bermula dari hari ini dan denda RM3,500 manakala Mohd Zaki menjatuhkan hukuman lima hari penjara bermula dari tarikh tangkap 22 Mac 2021 dan denda RM 2,700 terhadap Mohamad Hazi dan Muhammad Amir.
Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga mereka didakwa secara berasingan dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit yang mana dokumen tersebut adalah palsu.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah syarikat dalam daerah Seberang Perai Tengah pada 9 pagi antara Oktober 2020 hingga Februari 2021.
Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, tiga wanita iaitu Nurul Izzah Abdul Razak, 20, Nur Farah Amira Alisham, 20, dan Marsya Fatini Mohd Rani, 19, mengaku tidak bersalah selepas dituduh di kedua-dua Mahkamah Majistret tersebut.
Nurul Izzah dan Nur Farah dituduh secara berasingan dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu sijil cuti sakit yang mana dokumen tersebut adalah palsu.
Marsya pula menghadapi dua pertuduh yang sama dengan tarikh berlainan iaitu bertarikh 4 dan 26 Feb 2021.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan masa yang sama diantara Oktober 2020 hingga Februari 2021 dan didakwa di bawah seksyen yang sama.
Mohd Zaki membenarkan Nurul Izzah diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin manakala Sri Pracha Nanthini membenarkan Nur Farah dan Marsya Fatini diikat jamin RM2,700.
Kedua-dua mahkamah menetapkan 3 Mei untuk sebutan semula ketiga-tiga tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021

Tiga lelaki mengaku bersalah manakala tiga wanita minta dibicarakan di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menggunakan sijil cuti sakit palsu. - Bernama

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Sindiket jual sijil cuti sakit palsu dibongkar, lima warga tempatan ditahan
Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket menjual sijil cuti sakit dipercayai palsu selepas tertangkapnya lima individu dalam serbuan berasingan di Gombak dan Sungai Buloh pada Sabtu lalu.