SHAH ALAM: Tiga warga asing maut dalam satu kemalangan jalan raya selepas sebuah kereta merempuh "water barier" serta pembahagi jalan di Kilometer (KM) 3.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kemalangan itu mengakibatkan dua lelaki warga India serta seorang warga Bangladesh berumur 24 hingga 29 tahun yang merupakan pekerja kontraktor syarikat penyelenggaraan maut.
Beliau berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada kira-kira pukul 3.30 pagi, dan kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 20-an dari arah Damansara menghala Klang hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan, semasa kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan.
"Seorang lagi mangsa mengalami cedera ringan. Semua mereka dibawa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Iqbal berkata pemandu kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam ASP Raja Mahadi Raja Mahmudin di talian 012-3097660 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2024

Pemandu kereta itu ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar/ Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiga pekerja penyelenggaraan maut dalam kemalangan di NKVE
Tiga warga asing maut dalam satu kemalangan jalan raya selepas sebuah kereta merempuh "water barier" serta pembahagi jalan di Kilometer (KM) 3.1 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Mati tersepit ketika selenggara lori
Seorang pekerja penyelenggaraan maut apabila tersepit di bahagian bawah kabin lori di sebuah bengkel di Jalan Tasek, Simpang Ampat di sini pada Jumaat.

Pekerja penyelenggaraan rogol tuan rumah diberkas ketika cuba larikan diri di KLIA
Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ke negara asal selepas merogol seorang wanita tempatan di ibu negara memakan diri apabila diberkas polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Polis kenal pasti punca kejadian pekerja maut terjatuh lubang lif
Hasil semakan rakaman kamera litar tertutup mendapati mangsa tergelincir ke dalam ruangan lif semasa memijak tong sampah besi yang digunakan sebagai alas pada jam 11.55 pagi, Jumaat.