KUALA LUMPUR: Tiga penuntut universiti akan mewakili Malaysia dalam Kejuaraan Dunia Adobe Certified Associate (ACA) yang berlangsung secara maya pada akhir tahun ini.
Teo Sze Ting dari Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, Tan Jia Yi (Universiti Malaya) dan Nur Nadirah Razali (Universiti Teknologi Swinburne) terpilih mewakili negara selepas muncul sebagai tiga peserta teratas pada Finale Akhir Kejohanan ACA Malaysia 2021 yang berlangsung di Facebook Live pada Khamis.
Berbeza dengan era sebelum penularan COVID-19, yang menyaksikan semua peserta berkumpul di sebuah dewan bagi menghasilkan rekaan mereka dalam tempoh lapan jam, finale akhir tahun ini dilakukan melalui platform sembang berkumpulan secara digital dengan Pemeriksa ACA meneliti hasil kerja peserta menerusi Livestream.
Kejohanan ACA Malaysia 2021 turut memperkenal 'Anugerah Perdana' yang menyaksikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diberikan ruang untuk memilih rekaan kegemaran beliau untuk menerima anugerah berprestij itu.
Bagi anugerah yang julung kali diperkenal itu, karya seni Imran Shafiq Mohd Zain dari Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam telah dipilih sebagai pemenang daripada 30 peserta terbaik.
Kejohanan ACA Malaysia anjuran Creative Cloud Community (CCC) menyediakan platform kepada pelajar jurusan Seni dan Reka Bentuk mempamerkan karya masing-masing di pentas yang lebih besar selain membuka banyak peluang untuk mereka seperti mendapatkan pekerjaan.
Pertandingan itu terbuka kepada semua pelajar institusi pengajian tinggi, sekolah menengah, kolej dan politeknik.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021

Finale akhir tahun ini dilakukan melalui platform sembang berkumpulan secara digital.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Panjat tingkap tandas, pelajar universiti awam maut tergelincir dari tingkat 33
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir ketika memanjat keluar dari tingkap tandas yang pintunya rosak.

78 peratus penuntut Malaysia yakin negara mereka tempat yang baik untuk didiami - Kajian global
Tinjauan sama menunjukkan 84 peratus pelajar yang ditinjau di Malaysia mahu tempoh pengajian ijazah lebih singkat bagi mengurangkan yuran.

Isu bekalan air: 20,000 warga Universiti Malaysia Sabah terjejas
UMS juga telah membuat satu sistem perpaipan daripada punca air bukit, dalam kampus yang mampu membekalkan air sehingga 80,000 liter sehari.

PRU15: Tiket penerbangan mahal, hasrat untuk mengundi mungkin terpaksa dilupakan - Pelajar IPT
"Sebentar tadi saya semak harga, harga sekitar RM1,000 dan ke atas untuk pergi dan pulang, pastinya sukar untuk kami sebagai pelajar ini."

Penuntut universiti didenda RM25,000 miliki pembungkus makanan kucing tiruan
Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki 9,130 keping plastik pembungkus makanan kucing tiruan, tahun lepas.

9,426 penuntut UM mula kembali ke kampus
7,035 pelajar akan mendaftar di kolej kediaman dan daripada jumlah tersebut, hampir 4,000 pelajar adalah pelajar baharu ijazah sarjana muda sesi kemasukan 2021/2022.

PKP: IPT perlu ganti latihan industri dengan kaedah alternatif - MQA
Perubahan itu perlu kerana pihak industri terpaksa menangguh atau menolak permohonan pelajar untuk menjalani latihan industri di syarikat mereka.

Tiga pelajar universiti wakili Malaysia dalam Kejuaraan Dunia ACA
Tiga penuntut universiti akan mewakili Malaysia dalam Kejuaraan Dunia Adobe Certified Associate (ACA) yang berlangsung secara maya pada akhir tahun ini.

UTM sedia 10 bas untuk pelajar balik kampung sempena Aidilfitri
Pihak universiti bersama UTM Fleet sedang menguruskan maklumat dan data pelajar yang memerlukan kemudahan pengangkutan.

Lebih 50,000 penuntut masih di kampus walaupun sesi pendaftaran ditangguh
Sejumlah 50,889 atau 7.9 peratus daripada 646,094 penuntut universiti awam, politeknik dan kolej komuniti masih berada di kampus.