KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan seramai tiga pengendali makanan disyaki menjadi pembawa tifoid atau demam kepialu yang merebak di sebuah sekolah menengah di sini.
Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kesemua pengendali makanan tersebut telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
"Siasatan lanjut mendapati, satu wabak demam tifoid telah diisytiharkan oleh PKD (Pejabat Kesihatan Daerah) Kota Bharu di sebuah sekolah menengah pada 20 Jun.
"Sehingga 3 Julai sebanyak enam kes telah dikenal pasti melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu hingga lima," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Menurut beliau, kesemua mereka mengalami gejala demam, sakit perut, muntah, cirit-birit selain kurang selera makan.
Ujarnya, kes ini telah dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Dr Zaini memberitahu, sebanyak dua kes telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad.
"Tiada kes bergejala teruk atau kematian dilaporkan dan sebanyak 35 kes yang disyaki demam tifoid juga telah dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk siasatan dan rawatan lanjut.
"JKNK akan terus memantau situasi wabak ini dan menjalankan langkah-langkah kawalan bagi mencegah wabak dari berpanjangan," katanya.
Menurut beliau, saringan menyeluruh (mass screening) kepada semua warga sekolah akan dijalankan oleh PKD Kota Bharu dalam masa terdekat.
Tambahnya, semua warga sekolah dinasihatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa mencuci tangan.
"Sekiranya bergejala seperti demam berpanjangan, sakit kepala, lemah badan, dan cirit-birit atau sembelit, perlu segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran," katanya.
Sinar Harian Online melaporkan, JKNK mendedahkan seramai 1,000 orang termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di sini, menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.
Dr Zaini berkata, ia susulan lima pelajar di sebuah sekolah menengah di sini telah disahkan dijangkiti tifoid. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 04 2024

Menurut Dr Zaini, saringan menyeluruh kepada semua warga sekolah akan dijalankan oleh PKD Kota Bharu dalam masa terdekat. - Gambar fail

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.
Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Polis mengesahkan bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di kawasan Bagan Ajam berpunca latihan ketenteraan TUDM.
Kastam Perak bongkar taktik simpan rokok seludup di kubur
Meletakkan lori berisi kontraban di kawasan sunyi, termasuk tanah perkuburan. Satu taktik yang unik, namun Jabatan Kastam Diraja Malaysia Perak berjaya membongkar kegiatan sindiket penyeludupan itu selepas menangkap dua lelaki dalam serbuan pada 21 Januari lalu.

Imigresen nafi dakwaan dera di depot tahanan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan dakwaan berlakunya kejadian dera di depot tahanan jabatan terbabit di Selangor, seperti yang tular di media sosial hari ini.
JAS pasang alat ukur kualiti udara, kebakaran kilang karpet
JAS Negeri Sembilan memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan kebakaran kilang karpet di Nilai 3.
Pemukiman Jemaah Menteri tahun 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa prestasi sebahagian menteri Kabinet belum sempurna dan masih ada ruang untuk penambahbaikan.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.
Untuk mengetahui perkembangan lanjut terus bersama Umavathi Ramayah yang berada di lokasi Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani tahun 2025.

Tiga pengendali makanan disyaki pembawa demam kepialu di sekolah
Semua pengendali makanan telah diberi rawatan dan tidak dibenarkan mengendalikan makanan sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Korea Utara hantar bantuan kepada 800 keluarga tangani wabak usus
Kim mengarahkan pegawai-pegawainya untuk segera menjalankan tugas meringankan beban dan kesukaran rakyat negara itu.

Tandas awam perlu dijamin bersih untuk cegah wabak demam kepialu merebak
Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL mengingatkan mana-mana pemilik stesen minyak mahupun pemilik kedai makanan supaya memastikan bilik air dan tandas di premis mereka berada dalam keadaan bersih.

Perak ambil langkah awal hadapi demam kepialu
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak mengesahkan tiada sebarang kes demam kepialu atau tifoid dilaporkan di negeri itu sehingga hari ini.