KUALA LUMPUR: Tiga persatuan pengawal keselamatan tempatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mewujudkan kerjasama dalam meningkatkan kualiti dan peningkatan kerjaya pekerja dalam perkhidmatan itu.
MoU itu melibatkan Persatuan Pegawai Keselamatan Agensi Persendirian Malaysia (Priss), Persatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pengawal Keselamatan Semenanjung Malaysia (Kespa) serta Persatuan Industri Keselamatan Selangor dan Wilayah Persekutuan (Swiss).
Pengerusi Swiss Tan Sri Musa Hassan berkata tujuan utama MoU itu ialah untuk menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya yang diiktiraf bagi membolehkan individu bekerja sebagai pengawal keselamatan menikmati peningkatan kerjaya yang bermakna.
Beliau berkata sebelum ini tiada latihan kemahiran atau kerjaya disediakan untuk pekerja di sektor keselamatan menyebabkan berlaku ketidakadilan terhadap mereka terutama melibatkan gaji dan kebajikan.
"Sebagai permulaan, Swiss akan mula menawarkan tiga kursus melibatkan latihan dan penilaian keselamatan, terbuka kepada pekerja keselamatan pada tahun ini," katanya dalam sidang media selepas menandatangani MoU itu di sini pada Selasa.
Musa berkata dengan latihan yang disediakan, pengawal keselamatan bakal memiliki ilmu lengkap berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka.
Katanya ia juga akan menyediakan struktur pangkat dan skop tugas yang lebih jelas sekali gus memberikan jalan untuk kenaikan pangkat serta gaji kepada pekerja dalam sektor ini.
Turut hadir Presiden Kespa Mohd Ali Ibrahim dan Presiden Priss Mohd Qadirsyah Abdullah.
Mohd Ali pula berkata MoU itu dilihat mampu memberikan perlindungan dan kebajikan kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara.
Beliau berkata ketika ini, pekerja sektor keselamatan berdepan pelbagai isu terutama melibatkan pembayaran gaji dan kebajikan.
"Diharapkan dengan MoU ini, isu-isu yang membelenggu pengawal keselamatan dapat diatasi dan ditangani agar industri ini terus berkembang serta setaraf dengan rakan industri di luar negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 04 2023

Musa berkata dengan latihan yang disediakan, pengawal keselamatan bakal memiliki ilmu lengkap berkaitan tugas dan tanggungjawab mereka. - Gambar fail/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.

Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik raih pelaburan tenaga bersih ASEAN – PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan mengemudi ketidaktentuan geopolitik dengan hemat dalam usaha menjayakan projek-projek peralihan tenaga boleh baharu di rantau ASEAN.

Pembangunan rangkaian rel kereta api Malaysia-China diharap dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat - Loke
Kementerian Pengangkutan berharap perancangan pembangunan rangkaian rel kereta api yang menghubungkan Malaysia dan China dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat, kata menterinya, Anthony Loke.

MIDA, DRB-HICOM dan Geely majukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif di Perak
MIDA bekerjasama dengan DRB-HICOM Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd bagi memajukan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak.

Projek ECRL capai lebih 76 peratus setakat November - MRL
Ia berada pada landasan yang baik dalam memastikan projek berkenaan dapat disiapkan pada Dis 2026 bagi jajaran KB-Terminal Bersepadu Gombak.

Perkeso, MAVCOM meterai MoU perkukuh penguatkuasaan sektor penerbangan
Mohammed Azman berkata kerjasama ini bagi memastikan majikan dan pekerja industri penerbangan berdaftar dan mencarum

MoU getah antara Malaysia, Thailand akan tumpu pada pengeluaran mampan - Johari
Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai getah antara Malaysia dan Thailand akan menumpukan kepada pengeluaran getah yang mampan, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Malaysia terima lima kajian baharu "First-in-Human" -Dzulkefly
Malaysia telah menerima lima kajian baharu First-in-Human (FIH) menerusi Clinical Research Malaysia (CRM) sekali gus mencatatkan rekod tertinggi FIH yang pernah dicapai.

Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.

MoU peruntukan pembangkang: Hanya Muar beri jawapan, maklum balas - Fadillah
Rundingan secara kumpulan besar iaitu Perikatan Nasional (PN) sudah tertutup namun beliau terbuka sekiranya ada individu dari blok itu yang mahu berunding.