PUTRAJAYA: Tiga sahabat dihantar ke penjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun pada 2018.
Ahmad Moslem Haqqani Rosli, 23; dan Muhamad Amyrul Nazmy Rusdi, 25; masing-masing diperintah oleh Mahkamah Rayuan menjalani hukuman penjara 20 tahun manakala seorang lagi rakan mereka berusia 20 tahun (ketika kesalahan itu dilakukan berusia 17 tahun), diarah menjalani hukuman penjara 12 tahun.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Lee Heng Cheong dan Datuk Nordin Hassan menolak rayuan mereka selepas mendapati rayuan mereka tidak mempunyai merit.
Pemuda itu masing-masing diikat jamin RM30,000 sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Mengikut kertas pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun berhampiran pantai Bachok, Kelantan pada 3 pagi, 27 Mei 2018.
Mereka didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen pada 14 Mei 2019 dan keputusan itu dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 3 Feb, tahun lepas.
Dalam keputusan mahkamah untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, Hakim Hadhariah berkata kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen tidak melakukan kekhilafan dalam keputusannya.
Peguam Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Asmadi Husin mewakili pemuda itu manakala Timbalan Pendakwa Raya Fauziah Daud dan Aida Khairuleen Azli hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Ketiga-tiga mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun pada 2018. - Gambar fail

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.

Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi
Suspek berusia lingkungan 42 tahun itu ditahan 28 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Bekas pengetua didakwa lakukan amang seksual, rogol pelajar
Seorang bekas pengetua mengaku tidak bersalah atas 13 pertuduhan berkomunikasi secara seksual, melakukan amang seksual fizikal dan merogol pelajarnya.

Enam lelaki ditahan disyaki rogol pelajar
Kesemua mereka berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun itu ditahan sekitar Ipoh pada Rabu selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Tiga sahabat dihukum dipenjara kerana rogol berkumpulan pelajar 13 tahun di Bachok
Tiga sahabat dipenjara selepas mereka gagal dalam rayuan terakhir di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun.