BUKIT MERTAJAM: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan suami isteri dan anak lelaki mereka serta merampas ganja dan heroin bernilai RM53,265 dalam dua serbuan di Seberang Perai Tengah, di sini, Selasa lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Supt Mohd Noor Daud berkata, bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis melancarkan serbuan di sebuah taman permainan di Bukit Minyak pada 9 pagi dan menahan seorang lelaki berusia 49 tahun.
"Polis merampas satu ketulan mampat ganja seberat 7.2 gram (g) bernilai RM550 bersama lelaki itu dan siasatan awal polis mempercayai lelaki berkenaan yang juga seorang buruh berada di taman permainan tersebut bagi menunggu pelanggan.
"Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat, kediaman sekeluarga berkenaan di Bukit Mertajam pada 10.30 pagi hari sama dan menahan isteri lelaki tersebut yang berusia 53 tahun serta anak lelaki mereka berusia 23 tahun," katanya pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Beliau berkata, polis merampas empat ketulan mampat ganja seberat 1,363g dan 18 peket heroin seberat 2,209g yang dianggar bernilai RM52,715 di rumah itu.
Mohd Noor berkata, keluarga berkenaan disyaki aktif dalam sindiket itu sejak Januari tahun lepas bagi pasaran sekitar Seberang Perai Tengah dan polis turut menyita dua motosikal daripada mereka.
Beliau berkata, bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran dan semua dadah yang dirampas boleh digunakan 3,579 penagih.
"Mereka menjadikan rumah sebagai tempat menyimpan stok dadah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa kerana kediaman tersebut didiami keluarga," katanya.
Menurut Mohd Noor, ujian air kencing mendapati semua mereka negatif dadah namun lelaki pertama yang ditahan mempunyai sembilan rekod lampau dadah serta jenayah dan anaknya pula memiliki dua rekod berkaitan dadah.
Katanya, kesemuanya direman seminggu bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan suami isteri dan anak lelaki mereka serta merampas ganja dan heroin bernilai RM53,265 dalam dua serbuan di Seberang Perai Tengah, di Bukit Mertajam, Selasa lepas.

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Polis kesan tiga sekeluarga bantu siasatan kes dadah
Polis Diraja Malaysia sedang mengesan tiga sekeluarga bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Tiga sekeluarga ditahan disyaki edar ganja, heroin
Selain menahan suami isteri dan anak lelaki mereka, polis turut merampas ganja dan heroin bernilai RM53,265.

Tiga sekeluarga mati lemas ketika berkelah
Tiga sekeluarga termasuk pasangan adik-beradik ditemukan lemas selepas berkelah bersama ahli keluarga.

'Geng Fahmi' tiga sekeluarga tumpas, aktif pecah rumah di Hulu Terengganu
Polis berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah rumah di sekitar daerah Hulu Terengganu susulan penangkapan tiga sekeluarga yang dikenali sebagai 'Geng Fahmi'.

New Zealand kesan penularan baharu wabak COVID-19
Kluster terbabit dikenal pasti pada tiga sekeluarga di mana ibu dan anak perempuan diuji positif pada Sabtu manakala suami wanita itu dikesan positif pada Ahad.

Sanggup bawa anak-anak, bayi ke 'port' lepas gian
Tiga sekeluarga, termasuk sepasang suami isteri sanggup membawa empat anak mereka, termasuk dua bayi untuk melepaskan gian.

Suami, isteri hamil dan anak empat tahun maut dalam kemalangan
Suami meninggal dunia di Hospital Mersing, manakala isteri dan anak mereka berusia empat tahun maut di tempat kejadian

Kes bunuh tiga sekeluarga: Reman suspek disambung
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata permohonan tempoh sambung reman adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan terhadap suspek.

Jenazah tiga sekeluarga maut dikelar dikebumikan dalam satu liang lahad
Jenazah tiga sekeluarga yang maut dipercayai akibat dikelar seorang lelaki yang juga anggota keluarganya di Kampung Bertam Malim, Melaka semalam selamat dikebumikan.

Suspek bunuh tiga sekeluarga direman tujuh hari
Suspek pembunuhan kejam keluarga setiausaha tetap Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu, Melaka direman tujuh hari bermula Jumaat.