KUANTAN: Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah di Desa Mawar, Muadzam Shah, Rompin, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pihaknya menerima maklumat kecemasan pada 4.11 pagi dan sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata mangsa yang maut ialah seorang lelaki, isterinya dan anak lelaki mereka manakala dua lagi anak pasangan itu selamat.
Kejadian mengakibatkan rumah mangsa musnah sepenuhnya manakala sebuah lagi kediaman terjejas 70 peratus, namun enam penghuninya selamat.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
-- BERNAMA