PUTRAJAYA: Tiga wanita direman lima hari kerana disyaki menyeleweng dana sebuah syarikat pusat urut terkemuka berjumlah jutaan ringgit.
Ketiga-tiga wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut manakala seorang lagi adalah isteri kepada bekas pengarah urusan syarikat pusat urut tersebut.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), ketiga-ketiga individu itu ditahan petang semalam di Ibu Pejabat SPRM ketika hadir memberi keterangan kerana disyaki telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran palsu untuk memanipulasikan syarikat antara tempoh 2017 hingga 2019.
Mereka dikatakan menyeleweng wang tersebut menerusi pembelian minyak urut pada harga tinggi berbanding harga pasaran menerusi syarikat pembekal yang merupakan proksi mereka, melibatkan jumlah pembelian bernilai RM9 juta.
Sumber itu berkata syarikat berkenaan dikatakan mengalami kerugian anggaran RM1.8 juta akibat pembelian tersebut.
Perintah reman bermula hari ini hingga 17 April dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret Putrajaya selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi tadi.
Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata SPRM kini sedang mengesan dua suspek utama kes berkenaan iaitu bekas pengarah urusan dan bekas pegawai kewangan syarikat pusat urut tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2023

Ketiga-tiga wanita berumur dalam lingkungan 50-an itu terdiri daripada dua pengarah syarikat pembekal minyak urut manakala seorang lagi adalah isteri kepada bekas pengarah urusan syarikat pusat urut tersebut. - Foto SPRM

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.

Pegawai kanan kementerian bergelar Datuk ditahan kes seleweng dana RM400,000
SPRM menahan reman dua individu termasuk seorang pegawai kanan bergelar Datuk kerana disyaki menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM400,000.

Barangan mewah lebih AS$346 juta: 1MDB, 10 syarikat saman Rosmah
Kesemua syarikat itu antara lain menuntut Rosmah membayar AS$346,010,489 atau sejumlah amaun yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000
Seorang peguam beri keterangan kepada polis berhubung penyeleweng dana sumbangan awam untuk pengurusan kematian Dea Maisarah Bada.

Dakwaan seleweng dana: Aman Palestin beri SPRM tiga hari nyah beku akaun
Muhammad Rafique berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika SPRM gagal menyah beku akaun mereka.

Pengarah syarikat didenda RM60,000 guna dokumen palsu program MITRA
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Reghu P.V. Bhaskaran, 63, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah.

Tiga wanita direman seleweng dana syarikat pusat urut
Tiga wanita direman lima hari kerana disyaki menyeleweng dana sebuah syarikat pusat urut terkemuka berjumlah jutaan ringgit.

Caely fail laporan polis terhadap 12 bekas pengarah termasuk pengasas syarikat
Para pemegang saham itu didakwa menyeleweng dana hampir RM31 juta.

Seleweng dana 1MDB: SPRM siasat penglibatan beberapa individu di Kuwait
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat menjalankan siasatan berhubung isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap beberapa individu di Kuwait.

37 individu direman bantu siasatan tuntutan palsu, seleweng dana insentif PenjanaKerjaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman 37 individu hari ini bagi membantu siasatan berhubung tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya (PenjanaKerjaya).