SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) komited memperjuangkan pengurangan cukai hiburan sebanyak 25 peratus ke atas harga tiket Kejuaraan Dunia Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia, November ini.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, selain acara sukan, pihak kementerian juga menerima banyak permintaan bagi pengecualian mahupun pengurangan cukai hiburan untuk acara berkaitan belia.
"Sudah semestinya (harga tiket MotoGP mahal) jadi kita akan perjuangkannya (pengurangan cukai hiburan)," katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di sini, semalam.
Dalam pada itu, Hannah berkata, agak mustahil bagi Malaysia untuk mengembalikan semula perlumbaan Formula 1 (F1) memandangkan kos penganjuran yang terlalu tinggi.
Beliau berkata, sebaliknya, KBS buat masa ini akan mengutamakan pemberian dana kepada SIC termasuk suntikan RM20 juta bagi menaik taraf infrastruktur dalam usaha menarik lebih banyak penganjuran acara tempatan atau antarabangsa.
"Kalau mampu memang kita akan buat (perlumbaan F1) tapi memang kita tak mampu sekarang, so kita akan gunakan dana yang kita ada untuk keutamaan lain dahulu," katanya.
Malaysia menganjurkan perlumbaan F1 sejak 1999 sebelum kerajaan memutuskan untuk menamatkannya pada 2017 ekoran penyusutan pulangan yang ketara.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif memberi jaminan terdapat kelainan dalam penganjuran MotoGP di SIC yang dijadual berlangsung dari 10 hingga 12 Nov ini.
Dalam perkembangan lain, Azhan Shafriman berkata, kerja-kerja penurapan litar di selekoh 7 sehingga 12 daripada keseluruhan litar sepanjang 5.54 kilometer itu telah mencapai tahap 40 peratus.
Beliau yakin kerja-kerja penurapan tersebut dapat disiapkan menjelang minggu terakhir bulan ini sebelum pihaknya dapat menganjurkan Piala Porsche Carrera Asia yang dijadual pada 29 dan 30 April ini.
Kali terakhir SIC menaik taraf litar tersebut adalah pada tahun 2016 dan selepas itu tiada sebarang penurapan baharu dilakukan. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
![Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan Tiket MotoGP: KBS komited perjuang pengurangan cukai hiburan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680827240_HannaYeohbukapuas.jpg)
Hanna Yeoh bergambar kenangan dengan editor dan wartawan sukan pada Majlis Ihya Ramadan bersama media dan warga Litar Antarabangsa Sepang (SIC), di Sepang, semalam. - Gambar Facebook Hanna Yeoh
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
KBS akan laksana temu duga Ketua Pengarah baharu MSN - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan dalam proses mencari pengganti Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Abdul Rashid Yaakub yang akan tamat kontrak.
![Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732195186_TBHannah.jpg)
Tiada kuasa halang bekas atlet jadi jurulatih di luar negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melahirkan kebimbangan terhadap situasi bekas atlet negara yang kini sering 'dipancing' oleh negara lain dengan tawaran sebagai jurulatih.
![KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734763666_pergaduhan.jpg)
KBS tunggu laporan lengkap punca pergaduhan penyokong di stesen LRT
KBS masih belum menerima laporan lengkap berhubung punca pergaduhan antara dua kumpulan penyokong bola sepak di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, pada Jumaat.
![KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733656712_tbWaffiyNorazmi.jpg)
KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.
![Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41682997372_KBS.jpg)
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
![Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025 Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732888877_FadzliMohamadKama.jpg)
Stadium Darul Makmur kembali beroperasi Mac 2025
Stadium Darul Makmur dijangka beroperasi sepenuhnya pada Mac tahun depan selepas mengambil kira tempoh matang rumput Bermuda Tifgrand yang ditanam bagi menggantikan rumput jenis Cow Grass.
![Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731679544_IbrahimSaad.jpg)
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
![KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731639622_HannahYeoh.jpg)
KBS tumpu bangunkan bakat baharu empat sukan
Empat sukan yang akan diberi tumpuan oleh KBS ialah angkat berat, memanah, taekwondo dan menembak.
![KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730970297_HannahYeoh.jpg)
KBS adakan pascanilai Olimpik Paris 2024 minggu hadapan - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sesi pascanilai Sukan Olimpik Paris 2024 pada minggu depan.
![KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729566896_NgQiXuan.jpg)
KBS, ISN sedia bantu rawatan Qi Xuan
KBS akan menyediakan bantuan kepada pemain beregu wanita negara Ng Qi Xuan yang mengalami kecederaan ketika menyertai kejohanan badminton Malaysia Super 100.