KOTA KINABALU: Timbalan pengarah sebuah jabatan kerajaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 46 pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan RM55,020 antara 2019 hingga 2021.
Mahriyatty Bahrin, 42, yang juga Jurutera Awam Gred J44 di Pusat Khidmat Kontraktor Negeri Sabah bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan berkenaan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, Mahriyatty berhadapan 19 pertuduhan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, empat pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009, masing-masing satu pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Mahriyatty berdepan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.
Selain itu, wanita berkenaan turut berdepan dengan 21 pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya.
Tertuduh didakwa secara rasuah telah memperoleh suatu suapan sebagai dorongan untuk meluluskan Sijil Taraf Bumiputera (STB) kepada beberapa kontraktor di negeri ini.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di pejabat SPRM Kota Kinabalu sekali dalam masa dua bulan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Nurul Izzati Sapifee manakala tertuduh diwakili peguam Zahir Hussien Ahmad Shah.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 21 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 20 2022

Mahriyatty (kiri) tidak mengaku bersalah atas semua tuduhan berkenaan ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat. - Foto Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Timbalan pengarah syarikat didakwa sebabkan pemberi maklumat dipecat
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Timb. Pengarah SKMM mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah bernilai RM87,000
Seorang Timbalan Pengarah dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan

Bekas Timbalan Pengarah, pekerja swasta bebas dari tahanan reman kes USP
Kedua-kedua individu itu sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia selama empat hari bermula Khamis.

Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JKKP Johor ditahan SPRM
SPRM dalam kenyataan di sini berkata suspek yang berumur 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor kira-kira 11.00 malam tadi bagi membantu siasatan.