Menimbus kayu balak dengan tanah untuk mengelak dikesan.
Taktik yang dipercayai untuk mengelak dari dikesan pihak berkuasa terutama ketika tinjauan udara menggunakan drone atau helikopter ini bagaimanapun gagal.
260 batang kayu balak jenis meranti dan belian bernilai sekitar RM700,000 dirampas dalam satu operasi oleh Pasukan Gerakan Am dan Perbadanan Hutan Sarawak (SFC) di Ulu Sungai Uka, Kanowit.
Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 10, Pasukan Gerakan Am Sibu, Superintendan Frediel Anak Nyambong, berkata hasil makluman orang awam seramai sembilan orang anggota dan pegawai daripada PGA10 dan 12 penguatkusa SFC melakukan serbuan di sebuah kolam balak yang dipercayai dioperasikan secara haram.
"Hasil serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun yang mengaku pemilik barangan rampasan dan seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 39 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam satu sidang media di bilik mesyuarat pejabatnya di Sibu pada Rabu.
Turut dirampas pada serbuan itu adalah dua jengkaut dan dua jentolak serta beberapa mesin yang digunakan dalam operasi pembalakan haram itu.
Nilai keseluruhan barang dirampas termasuk nilai kayu balak adalah dianggarkan berjumlah lebih RM1.42 juta.
Jelasnya, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 96 (1) Akta Ordinan Hutan Sarawak 2015, suspek kes ini boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM25,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun bagi kesalahan pertama.
Bagi kesalahan berulang, suspek berdepan hukuman denda RM150,000 hingga RM500,000 dan penjara tidak lebih 10 tahun.
Suspek juga berhadapan denda 10 kali ganda nilai rampasan sekiranya didapati bersalah dibawah seksyen itu.
"Kita berterima kasih kepada masyarakat setempat yang telah bekerjasama sama ada menyalurkan maklumat.
"Kita berharap kerjasama ini diteruskan dan jangan risau maklumat yang disampaikan adalah sulit. Kita tidak akan dedahkan siapa pemberi maklumat tersebut," jelasnya lagi.
Katanya lagi, pembalakan haram seperti ini bukan sahaja menjejaskan ekosistem tetapi turut menjejaskan hasil export negara.
Rohana Wahed
Wed Apr 10 2019

Kayu balak bernilai RM700,000 yang dirampas dalam operasi di Kanowit. - Astro AWANI/Rohana Wahed

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

Kejam! Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang oleh tentera zionis
Kumpulan hak asasi kanak-kanak, Defense for Children mendedahkan mangsa telah ditembak di bahagian belakang.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Pelabur asing teruskan belian bersih di Bursa Malaysia minggu lepas
Pelabur asing meneruskan pembelian bersih mereka di Bursa Malaysia bagi minggu keempat berturut-turut pada minggu lepas, walaupun dengan nilai lebih sederhana RM130.5 juta.

Timbus kayu balak dengan tanah untuk elak dikesan
260 batang kayu balak jenis meranti dan belian bernilai sekitar RM700,000 dirampas dalam satu operasi oleh SFC.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US
Pada 9.07 pagi ini, ringgit disebut pada 4.0750/0800 berbanding 4.0800/0850 pada Jumaat lepas.

Bursa Malaysia dibuka rendah berikutan sentimen lemah
Pada 9.20 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,821.74, turun 1.18 mata daripada 1,822.92 pada sesi penutup semalam.