GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata tinjauan dijalankan CAP selama bertahun-tahun menunjukkan racun makhluk perosak haram masih dijual secara terbuka di pasaran di Pulau Pinang dan Baling, Kedah.
Beliau berkata racun makhluk perosak yang kebanyakan dari China tidak mendedahkan bahan kimia aktif yang terdapat pada label malah tidak mempunyai penerangan atau arahan mencukupi bagi pengendalian, penggunaan atau penyimpanan.
"Ini satu pelanggaran Kod Etika Antarabangsa mengenai Pengurusan Racun Makhluk Perosak dan Akta Racun Makhluk Perosak 1974.
"Racun makhluk perosak haram yang dijual di dalam negara diedarkan dari negeri di utaraseperti Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan atau diimport dari negara seperti Vietnam, China dan Thailand walaupun diharamkan di beberapa negara asal ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohideen berkata menurut Rangkaian Tindakan Racun Makhluk Perosak Asia dan Pasifik (PANAP) 2023 mendedahkan bahawa tiga penjualan Racun Makhluk Perosak Sangat Berbahaya (HHP) yang diharamkan di Malaysia iaitu paraquat, endosulfan dan profenophos dijual secara terbuka di platform e-dagang.
Minggu lepas, dua beradik Muhammad Akil Syauqi,3, dan Muhammad Luth Syauqi Nur Sufyan, 2, meninggal dunia selepas termakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kulim Kedah, manakala Mohd Daynail Haikal Alias,13, dimasukkan ke Hospital Kemaman, Terengganu akibat termakan biskut disyaki mengandungi racun yang diambil di pagar sebuah kebun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Mohideen berkata tinjauan dijalankan CAP selama bertahun-tahun menunjukkan racun makhluk perosak haram masih dijual secara terbuka di pasaran di Pulau Pinang dan Baling, Kedah. - Foto fail/BERNAMA

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).