Kerajaan Sabah memandang serius aktiviti penjualan hidupan liar termasuk daging haiwan itu secara haram menggunakan platform media sosial dan laman sesawang.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Assaffal P Alian berkata bagi menangani perkara itu, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah perlu agresif dan mengenakan tindakan tegas serta penalti sewajarnya terhadap individu didapati bersalah terbabit dalam kegiatan tersebut.
"Kuatkuasakan peraturan, kenakan penalti (secukupnya) agar individu yang didapati bersalah tiada pilihan dan biarkan undang-undang tegas dikenakan kepada pesalah ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Hari Jabatan Hidupan Liar peringkat negeri di sini, pada Ahad.
Assaffal mewakili Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Christina Liew, merasmikan program tersebut.
Menurut Assaffal, kerajaan tidak menghalang urus niaga berkaitan hidupan liar secara dalam talian tetapi perlu mendapatkan khidmat nasihat serta pematuhan undang-undang yang ditetapkan.
Selain itu, katanya perlindungan terhadap hidupan liar terbahagi kepada haiwan dilindungi undang-undang sepenuhnya dan tidak boleh diburu manakala ada juga haiwan dibenarkan diburu namun perlu mendapatkan lesen perburuan daripada JHL bagi tujuan komersial atau kegunaan sendiri.
Mengulas mengenai keperluan meminda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 ekoran kegiatan membunuh haiwan semakin menjadi-jadi di Sabah, Assaffal tidak menolak kemungkinan dari semasa ke semasa ada perubahan atau pembaharuan terhadap enakmen sedia ada.
Namun, beliau berkata perkara itu perlu dikaji dari segi impak pemindaan enakmen serta mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum keputusan diambil.
Sementara itu, Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga berkata sebuah jawatankuasa bertindak melibatkan semua agensi penguatkuasaan ditubuhkan bagi menangani sindiket perdagangan hidupan liar di negeri ini.
"Menerusi pasukan petugas khas ini yang bekerjasama dan berkongsi maklumat (kes di darat dan laut) dengan pasukan penguatkuasa dan Pasukan Polis Marin (PPM) antara penyumbang banyak tangkapan (berkaitan hidupan liar) di laut," katanya.
Berhubung penyeludupan hidupan liar ke negara jiran, Augustine berkata pihaknya menyerahkan kepada Jabatan Kastam bagi menangani masalah tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2019

Penjualan haiwan eksotik dan dagingnya melonjakkan aktiviti penyeludupan hidupan liar merentas sempadan antarabangsa. - Gambar hiasan

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Peniaga didenda RM70,000 simpan haiwan eksotik tanpa lesen
PENIAGA DIDENDA RM70,000 SIMPAN HAIWAN EKSOTIK TANPA LESEN

Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.

Minat haiwan eksotik, cetus idea Kakak Raptor buka 'petting zoo' bergerak
Mini zoo bergerak yang dibuka sejak 2016 itu, kini menjadi sumber pendapatannya.

Sup kala jengking, ular menu kegemaran di Guangdong
Makanan berasaskan serangga telah menjadi sebahagian daripada masakan masyarakat China sejak sekian lama.

Haiwan eksotik ambil kesempatan mengawan semasa zoo ditutup akibat COVID-19
Antara kelahiran baharu haiwan-haiwan itu adalah harimau bintang, harimau bengal, kuda belang, zirafah, antelop dan lembu.

Gagal seludup haiwan eksotik, 92 kura-kura dari Thailand
PGA Batalion 8 menahan seorang lelaki yang dipercayai menyeludup masuk pelbagai haiwan eksotik bernilai RM61,800.

Import hidupan liar diharamkan di Sarawak - SFC
Langkah itu bertujuan melindungi spesies hidupan liar berasal dari Sarawak dari ancaman.

China nafi kewujudan pasar haiwan eksotik - Kementerian Luar
Jurucakap Kementerian Luar China membidas kenyataan pegawai AS, yang mendakwa China kini mengubal undang-undang menyeluruh berkenaan kegiatan haram seperti memburu, memperdagang, mengeksport haiwan li

Australia gesa pengharaman pasar jual haiwan liar
Kerajaan Australia telah meminta sokongan negara-negara G20 untuk bersatu dalam memastikan isu ini ditangani.

Pasar haiwan eksotik Wuhan dibuka semula?
Selepas tiga bulan penularan wabak COVID-19, pasar daging di sekitar dua bandar terkemuka di Guilin dan Dongguan, China kembali menjual kelawar dan kala jengking serta pelbagai haiwan eksotik.