KOTA TINGGI: Kapal MT Ceres 1 yang terlibat dalam insiden pelanggaran dengan kapal MT Hafnia Nile di 25 batu nautika Timur Laut Tanjung Balau di sini semalam, gagal dikesan selepas didapati meninggalkan lokasi kejadian dan menutup Sistem Pengenalan Automatik (AIS).
Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Mad Yunus berkata, usaha Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjejaki kapal tangki tersebut giat dilakukan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.
Beliau berkata tindakan kapal yang berdaftar di Republik Demokratik Sao Tome dan Principe iaitu negara di kepulauan Afrika Tengah itu meninggalkan kawasan pelanggaran adalah meragukan sekali gus tidak menolak kemungkinan ia melarikan diri susulan insiden pelanggaran tersebut.
"Semalam kapal itu masih ada dan kita menangguhkan operasi carilamat pada lewat petang sebelum sambung semula pagi tadi, (namun) aset di lapangan pagi ini membuat laporan bahawa MT Ceres 1 sudah tidak ada di lokasi.
"Setakat ini, Maritim Malaysia tidak dapat memastikan keadaan sebenar kapal berserta kru MT CERES 1 memandangkan ia tidak dapat dihubungi," katanya pada sidang media di Zon Maritim Tanjung Sedili di sini hari ini.
Beliau berkata maklumat serta semakan oleh Maritim Rescue Sub-Centere (MRSC) Johor Bahru dan Jabatan Laut Malaysia juga mendapati nombor pendaftaran International Maritime Organization (IMO) kapal tersebut meragukan.
Justeru, beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan segala maklumat berkaitan daripada ejen syarikat kapal itu yang sehingga kini tidak memberikan sebarang maklum balas.
"Setakat ini kita tidak dapat dipastikan jenis muatan dibawa kapal tersebut dan berdasarkan maklumat ia mempunyai 40 kru dengan 14 daripadanya telah diselamatkan oleh kapal tunda dari Singapura yang berada berhampiran lokasi kejadian dan dibawa ke republik itu untuk dirawat semalam.
"Baki 26 kru lagi dipercayai masih berada di kapal tersebut dan berkemungkinan masih berada di perairan negara, sama ada mereka sihat atau tidak tidak dapat dipastikan tetapi pandangan saya apabila kapal tiada di situ (lokasi) kemungkinan mereka berjaya kawal (kebakaran) kapal itu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui di mana," katanya.
Zin Ahmad berkata pihaknya akan turut mengatur gerak Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) bagi mengesan kapal itu, selain Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Zon Maritim Tanjung Sedili bagi mengkoordinasikan pencarian susulan insiden pelanggaran yang berlaku pada jam 6.55 pagi semalam.
Beliau berkata 22 kru kapal MT Hafnia Nile yang berdaftar di Singapura dan membawa bahan kimia jenis 'naptha' itu pula diselamatkan Tentera Laut Singapura RSS Supreme dan dirawat di republik berkenaan.
"Kapal berkenaan telah dibawa arus hingga ke Pulau Pemanggil di sini dan usaha membawanya ke kawasan selamat akan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia," katanya yang turut menjelaskan insiden itu berlaku di perairan negara berdasarkan kedudukan lokasi kejadian dan tumpahan minyak turut dikesan.
--BERNAMA
Bernama
Sat Jul 20 2024

Zin Azman (kanan) menunjukkan kapal yang terlibat dalam pelanggaran, pada sidang media berhubung Op Carilamat Insiden Mt Hafnia dan Mt Ceres 1, di Zon Maritim Tanjung Sedili hari ini. - Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Malaysia alu-alukan kunjungan kapal Tentera Laut Jerman di Pelabuhan Klang
Kedua-dua kapal Tentera Laut Jerman itu adalah sebahagian daripada Indo-Pacific Deployment 2024 (IPD24).

Tinggalkan lokasi insiden pelanggaran, APMM giat kesan kapal MT Ceres 1
Usaha APMM jejak kapal tangki itu giat dilakukan dengan mengatur gerak pesawat amfibia Bombardier CL 415 MP bagi tujuan penyelamatan dan siasatan.

Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.

Kapal bawa bantuan ke Gaza mula belayar
Perjalanan Open Arms dijadual sejauh 216 batu nautika, disifatkan operasi paling sukar.

Kapal Tentera Laut China berlabuh di Pelabuhan Klang
Ketibaan kapal itu disambut Asisten Ketua Staf Operasi dan Strategi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Datuk Ee Tai Peng.

Kemarau berpanjangan: Penghantaran di Terusan Panama dihadkan
Terusan Panama mengehadkan jumlah laluan kapal berikutan paras air yang semakin surut akibat kemarau berpanjangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Angka serangan lanun paling rendah dalam tempoh 30 tahun pada awal tahun 2023
Bagi memastikan perlindungan terhadap lanun maritim dalam jangka panjang dan mampan, kerjasama global perlu terus ditingkatkan.

Pelarian Rohingya mendarat di Indonesia selepas sebulan terkandas di laut
Berpuluh-puluh pelarian Rohingya mendarat di pesisir pantai Aceh, Indonesia pada Ahad.

Air Selangor: Tarif baharu untuk pengguna bukan domestik bermula 1 Ogos
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menaikkan tarif bekalan air baharu pada kadar purata 20 sen setiap meter padu melibatkan kategori pengguna bukan domestik, rumah ibadah dan kapal.

Serpihan kapal penjelajah kutub 'Endurance' yang karam pada 1915 ditemui
Kapal layar 'Endurance' dengan tiga tiang itu yang karam ketika misi Shackleton untuk membuat lintasan darat pertama Antartika ditemui kira-kira 3,000 meter di dasar laut.