Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) perlu melihat isu kebolehpasaran graduan dengan lebih serius bagi memastikan graduannya menjadi penggiat seni yang kompetitif.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan berkata usaha itu juga dapat menjenamakan graduan Aswara sebagai graduan yang mempunyai kelainan dalam menghasilkan karya seni dan setanding dengan jenama antarabangsa.
"Aswara memainkan peranan besar dalam memperlihatkan kepentingan kesenian dan kebudayaan dalam pendidikan tinggi serta kehidupan masyarakat seharian.
"Justeru, usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, mempunyai bakat luar biasa serta mampu menonjolkan faktor wow adalah sesuatu yang boleh difikirkan bersama," katanya sempena majlis penyampaian watikah pelantikan tiga ahli lembaga pengarah Aswara baharu, pada Selasa.
Tiga ahli lembaga pengarah itu ialah penyanyi dan guru vokal Datuk Syafinaz Selamat, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Tan Sri Norliza Rofli dan pelakon Zul Huzaimy Marzuki.
Nancy turut berharap Aswara sebagai sebuah institusi yang mendidik golongan muda mengenali seni, budaya dan warisan dapat terus memperkukuhkan agenda pembangunan akademik seni dan budaya serta melahirkan modal insan yang cemerlang.
Beliau juga mahu warga Aswara bersatu dalam meneroka peluang untuk melonjak lebih tinggi serta memastikan Aswara menjadi sebuah akademi yang sentiasa relevan dengan kehendak industri negara.
Dalam pada itu, beliau yakin gabungan ahli lembaga pengarah baharu Aswara, bersama pentadbiran sedia ada bakal memberi sentuhan luar biasa menerusi kepakaran, pengetahuan dan pengalaman untuk terus membina kecemerlangan akademi itu.
"Kita sungguh bertuah kerana ketiga-tiga individu ini telah mencipta nama dalam bidang masing-masing dan merupakan 'ikon' dalam kesenian dan warisan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Nancy berharap Aswara menjadi institusi yang mendidik golongan muda mengenali seni, budaya dan warisan. - Astro AWANI / Shahir Omar

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Tingkatkan kebolehpasaran graduan Aswara - Nancy
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) perlu melihat isu kebolehpasaran graduan dengan lebih serius bagi memastikan graduannya menjadi penggiat seni yang kompetitif.
.jpg)
"Penat lelah, batu penghalang telah aku tepis!" - Ayie Floor 88 kini graduan Seni Teater
Vokalis kumpulan Floor 88, Ayie Elham telah selamat bergraduasi daripada Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) petang semalam.