KUALA LUMPUR:Aktiviti pemasangan baharu dan baik pulih perkhidmatan di premis pelanggan Telekom Malaysia Bhd (TM) akan diteruskan seperti biasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) selama dua minggu yang bermula Rabu.
Bagaimanapun di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani, kata TM dalam satu kenyataan.
Syarikat utiliti nasional itu juga memberi jaminan sebelum melaksanakan sebarang kerja di premis pelanggan, anggota TM akan mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya, termasuklah melakukan pemeriksaan suhu badan sewaktu memulakan syif mereka dan mengisytiharkan status kesihatan mereka sebelum memasuki premis.
"Sebagai tambahan, para pelanggan akan diminta untuk melengkapkan borang Pengisytiharan Pelanggan Selepas Selesai Tugasan untuk mengesahkan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh pasukan pemasangan atau pasukan teknikal TM yang melayani permintaan perkhidmatan mereka," katanya.
Pada masa yang sama, waktu operasi pusat khidmat pelanggannya termasuklah premis TMpoint di seluruh negara dan Pusat Perhubungan Pelanggan TM kekal dibuka seperti biasa sambil mematuhi SOP, serta panduan keselamatan tambahan TM.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Imri Mokhtar berkata TM, sebagai penyedia perkhidmatan penting negara, akan meneruskan operasinya seperti biasa "agar setiap orang kekal di rumah, kekal berhubung, kekal terhibur, kekal bermaklumat dan kekal dilayani semasa PKP ini".
"Sekiranya para pelanggan memerlukan sebarang bantuan sokongan berkaitan perkhidmatan, kami menggalakkan mereka untuk memanfaatkan pelbagai saluran dalam talian kami dan ejen-ejen kami akan sedia membantu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 13 2021

Bagaimanapun di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani, kata TM dalam satu kenyataan. - Gambar fail

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Nahas KM204: Syarikat lori mengaku tidak bersalah
Syarikat yang diwakili Pengurus Operasi Ng Chee Keong mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar syarat lesen membawa muatan serbuk simen melebihi had berat yang dibenarkan.

Permohonan maaf Astro Audio
Astro Audio melahirkan kekesalan atas satu insiden rakaman video melibatkan penyampai kami, Nabil Ahmad, Azad Jasmin, dan Radin, yang telah dikongsi di platform media sosial ERA.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
[TERKINI] Amaran cuaca panas tahap jaga-jaga di Pendang, Pokok Sena, Baling
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di Pendang, Pokok Sena dan Baling di Kedah.
AWANI Ringkas: Kebimbangan Sultan Pahang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

KWSP kekal kukuh dengan strategi pelaburan seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh dalam mengimbangi portfolio pelaburannya di dalam dan luar negara, sekali gus memastikan pulangan kompetitif kepada ahlinya.

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.

Hanya dua telco tandatangan perjanjian miliki ekuti DNB setakat ini
Telco lain diharap dapat segera memuktamadkan perjanjian dengan DNB sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.

Menara telekomunikasi tumbang dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang - MCMC
Sebuah menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dikongsi bersama Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, tumbang.

TM beroperasi seperti biasa kecuali di kawasan PKPD, zon HSO
Di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani.

Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019
Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.