JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mencari penyelesaian tetap terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri ini.
Baginda bertitah antara perkara penting perlu diambil perhatian adalah sistem saliran dan perparitan yang mampu menampung kapasiti air hujan yang tinggi, pengurusan sungai efektif serta kesiapsiagaan tinggi untuk menghadapi bencana.
"Bencana banjir ini merupakan masalah yang berlaku hampir setiap tahun.
"Walaupun ada penambahbaikan dalam usaha tebatan banjir sejak peristiwa 2006, tetapi saya berhasrat untuk mencari penyelesaian tetap kepada masalah banjir di Johor," titah Tunku Ismail menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Facebook rasmi baginda hari ini.
Tunku Ismail berpendapat bahawa langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, susulan itu baginda akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan program khas pada Februari ini.
"Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan sungai-sungai kita.
"Sultan Johor (Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) dan sekeluarga akan terus berusaha bersama pihak kerajaan dalam mencari penyelesaian tetap agar rakyat Johor tidak perlu berdepan dengan bencana banjir lagi," titah baginda.
Terdahulu, baginda berkenan bertemu Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman dan pakar-pakar pengurusan air dan sistem saliran air bagi mendengar taklimat mengenai inisiatif dan usaha-usaha untuk membaiki penebatan banjir di Johor.
Situasi banjir di Johor kini semakin pulih dengan jumlah mangsa banjir terus berkurangan kepada 1,044 orang setakat 4 petang, berbanding 1,227 orang pagi tadi dengan 23 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 12 2022
![TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641981146_Puteramahkotajohor.jpg)
Tunku Ismail berpendapat bahawa langkah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, susulan itu baginda akan menganjurkan program pembersihan sungai di Johor dan program khas pada Februari ini. - Sumber foto FB TMJ
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.
![TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641981146_Puteramahkotajohor.jpg)
TMJ berkenan cari penyelesaian tetap masalah banjir di Johor
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan untuk mencari penyelesaian tetap terhadap masalah banjir yang sering melanda negeri ini.
![TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632999498_TMJ.jpg)
TMJ titah TMIYC Hutan Bandar dijadikan pusat operasi Jawatankuasa Khas COVID-19 negeri
Ia sebagai usaha proaktif dalam menangani situasi pandemik COVID-19 di negeri berkenaan.
![Sesi pertemuan dengan Tunku Ismail berjaya yakinkan sebahagian guru ambil vaksin Sesi pertemuan dengan Tunku Ismail berjaya yakinkan sebahagian guru ambil vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81627314150_tengkumahkotajohor.png)
Sesi pertemuan dengan Tunku Ismail berjaya yakinkan sebahagian guru ambil vaksin
Sesi pertemuan dan penerangan bersama Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedikit sebanyak telah 'membuka mata' serta meyakinkan segelintir guru yang sebelum ini menolak vaksin.
![Fernando Torres bakal sarung jersi JDT? Fernando Torres bakal sarung jersi JDT?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/41409673533_295x200.jpg)
Fernando Torres bakal sarung jersi JDT?
Tunku Mahkota Johor mengesahkan baginda telah memulakan rundingan awal bagi mendapatkan khidmat penyerang Sepanyol, Fernando Torres.