PELARI pecut Belarus, Krystsina Tsimanouskaya yang diarah untuk dihantar pulang ke negara kelahirannya sudah selamat tiba di Poland.
Tsimanouskaya dilaporkan memohon suaka di Eropah, selepas meninggalkan perkampungan Olimpik, beberapa hari lalu.
Atlet berusia 24 tahun itu, yang menyuarakan keselamatannya di Belarus, meninggalkan Tokyo selepas menginap selama dua malam di Kedutaan Besar Poland di Tokyo, sudah mendapatkan visa kemanusiaan daripada Poland.
Sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Tsimanouskaya telah dikawal ketat oleh polis tempatan bagi memastikan dia dapat menaiki pesawat dengan selamat.
Menurut Timbalan Menteri Luar Poland, Marcin Przydacz, beliau berterima kasih kepada Konsulat Poland dan pegawai diplomatik yang terlibat dalam perancangan membawa pulang Tsimanouskaya dengan selamat.
SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU BERHUBUNG TOKYO 2020
Sebelum meninggalkan Tokyo, Tsimanouskaya dllaporkan sebagai berkata, dia berharap dapat meneruskan kariernya namun tahap keselamatannya menjadi keutamaan. Portal antarabangsa melaporkan suaminya telah meninggalkan Belarus untuk bersama-sama dengan isterinya di Poland.
Terdahulu, Tsimanouskaya yang sepatutnya berlepas dari Tokyo menuju ke Warsaw telah menukar penerbangan ke Vienna, pada saat-saat akhir.
Selain, Poland beberapa negara turut menawarkan suaka kepada atlet berkenaan, termasuk Republik Czech dan Slovenia.
Tsimanoyskaya dijadual mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter (m) dan 200m wanita di Olimpik Tokyo.
Namun, jurulatihnya memutuskan supaya dia turut serta dalam acara 4x400m ekoran dua atlet Belarus didapati tidak layak bertanding kerana gagal ujian dadah.
Tsimanouskaya menyuarakan bantahannya terhadap keputusan jurulatih itu di media sosial kerana tidak bersedia untuk mengambil bahagian dalam acara berkenaan.
Jawatankuasa Olimpik Belarus kemudian memaklumkan jurulatih pasukan olahraga memutuskan untuk menghantar pulang atlet itu atas alasan masalah emosi dan psikologi.
Presiden Belarus Alexander Lukashenko dikecam meluas oleh dunia kerana tindakan ganas ke atas pembangkang politik di negara itu.
Tsimanouskaya berkata dalam satu temu bual, dia hanya mahu fokus terhadap kariernya dalam acara pecut.
"Saya tidak tahu dan tidak pernah berkecimpung dalam politik," katanya.
Hafizi Rosli
Fri Aug 06 2021
![Tokyo 2020: Pelari pecut Belarus terima suaka tiba di Poland Tokyo 2020: Pelari pecut Belarus terima suaka tiba di Poland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/51628217918_TBKrystsinaTsimanou.jpg)
Tsimanoyskaya dijadual mengambil bahagian dalam acara larian 100 meter (m) dan 200m wanita di Olimpik Tokyo. - foto REUTERS/Darek Golik
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738074190_TBMuhammadHafiq.jpg)
Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.
![Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157488_GohSzeFei.jpg)
Sze Fei-Nur Izzuddin layak jadi pasangan nombor satu negara - Aaron
Pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui bahawa Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani layak menjadi pasangan utama negara ketika ini.
![Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61735834701_Keleti.jpg)
Gimnas legenda Hungary Agnes Keleti meninggal dunia
Agnes Keleti, legenda gimnastik dan seorang daripada atlet terkenal di Hungary, meninggal dunia awal pagi Khamis pada usia 103 tahun.
![Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734017687_LeeZiiJia.jpg)
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
![PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729605711_Anwar.jpg)
PM Anwar bangga pencapaian wira negara di Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa bangga atas pencapaian tujuh wira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024.
![Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728824776_badminton.jpg)
Sze Fei-Nur Izzuddin dipertimbang sertai RTG - Hannah
Ia dibuat selepas beregu lelaki berkenaan berjaya menampilkan aksi cemerlang pada beberapa kejohanan sebelum ini.
![Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718954019_TBNorzaZakaria.jpg)
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
![Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725622073_RebeccaCheptegei.jpg)
Wanita Kampala tunjuk solidariti terhadap kematian Rebecca Cheptegei
Sebilangan besar wanita di Kampala menunjukkan solidariti terhadap kematian atlit maraton Olimpik Uganda, Rebecca Cheptegei yang dibunuh teman lelakinya di Kenya pada Jumaat.
![Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723161953_JannikSinner.jpg)
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
![‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis ‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-10/51444096155_Badminton.jpg)
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."