KUALA LUMPUR: Pengecualian bayaran tol Rahmah selama empat hari dan pengumuman cuti raya tambahan sempena Aidifitri yang bakal disambut hujung minggu ini, menambahkan keterujaan orang ramai menyambut lebaran.
Pelaksanaan Tol Rahmah percuma yang bermula 19 hingga 21 April dan 24 April itu dilihat dapat membantu mengurangkan kos untuk pulang ke kampung halaman serta memudahkan perancangan perjalanan pengguna lebuh raya.
Pekerja syarikat swasta, Aini Syahirah Ismail, 24, menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan untuk pulang beraya di kampung.
"Sekurang-kurangnya dengan tol percuma ini dapat kurangkan kos purata sekitar RM60 untuk balik beraya ke kampung di Kerteh, Terengganu...sebab saya pun belum terima gaji bulan ini untuk beraya," katanya kepada Bernama, di sini, pada Selasa.
Penjawat awam, Haikal Ashraf, 32, berkata dengan kemudahan itu, beliau tidak perlu lagi memikirkan soal perbelanjaan tol bagi perjalanan dari Putrajaya ke Batu Kawan, Pulau Pinang, selain berharap inisiatif itu dapat mengurangkan kesesakan di plaza tol seperti kebiasaannya.
"Bersyukur sangat...ini berita yang dinanti-nantikan sejak minggu lepas, sebelum ini biasanya percuma untuk tempoh yang lebih pendek atau dapat rebat tol tapi raya tahun ini (rakyat) dapat tol percuma untuk empat hari.
"Tempoh (pelaksanaan Tol Rahmah percuma) ini pun panjang...jadi boleh siap sedia rancang perjalanan sebab kita tahu musim perayaan ini memang selalu sesak, malah dapat mengelakkan kesesakan akibat isu tidak cukup baki kad Touch n Go," katanya.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada Selasa, mengumumkan pelaksanaan tol percuma selama empat hari di 33 lebuh raya seluruh negara sempena Aidilfitri melibatkan semua kelas kenderaan.
Anwar turut mengumumkan khabar gembira tambahan hari pelepasan am namun bergantung kepada penetapan tarikh 1 Syawal, iaitu cuti tambahan pada Jumaat (21 April) jika raya pertama jatuh pada Sabtu (22 April), atau cuti tambahan diberikan pada Isnin (24 April) sekiranya raya pertama pada Jumaat (21 April).
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Ma,t berkata keputusan kerajaan memberikan cuti tambahan memberi kelegaan kepada rakyat dalam merancang perjalanan untuk beraya dan tidak menjejaskan permohonan cuti pekerja.
"Rakyat tidak lagi bimbang dan cemas untuk membuat perancangan kerana walau apa jua kemungkinan tarikh hari raya ia tidak menjejaskan permohonan cuti mereka," katanya kepada Bernama.
Bagi petugas syarikat berkaitan kerajaan, Ruzanna Aniza Ahmad Nasruddin, 30, berkata pemberian cuti tambahan itu dapat dimanfaatkan dengan bertemu keluarga dan berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan di hari lebaran ini.
Pekerja swasta, Muhamad Zulhasni Abdul Rejab, 37, melahirkan rasa teruja dengan pemberitan cuti tambahan yang membolehkannya menyambut lebaran lebih lama kerana beliau hanya bercuti raya bermula Sabtu ini.
"Kalau raya (1 Syawal) jatuh pada Jumaat atau Sabtu, dapatlah cuti tambahan sehari, boleh lah beraya lama sikit dengan keluarga kali ini," katanya yang akan pulang ke Alor Gajah, Melaka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 18 2023

Pelaksanaan Tol Rahmah percuma bermula 19-21 April dan 24 April itu dilihat dapat membantu mengurangkan kos untuk pulang ke kampung halaman. - Gambar hiasan

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.

Tol percuma tidak selesaikan masalah kesesakan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata yang penting ialah pengguna jalan raya mengubah sikap dan merancang perjalanan apabila tiba musim perayaan.

Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tol percuma sempena Krismas
Tol percuma akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam Isnin ini (23 Dis) hingga 11.59 malam, 24 Dis (Selasa).

Tol percuma di Lebuhraya WCE Seksyen 1 sempena Hari Kebangsaan
Nanta berkata pengecualian bayaran tol itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 selain menyambut setahun pelaksanaan inisiatif MyJalan oleh kerajaan.

Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Bagaimanapun, LLM menjangkakan pertambahan jumlah kenderaan hari ini ekoran pengguna pulang ke kampung di saat akhir.

Aidilfitri: Tol percuma bermula hari ini, aliran trafik dijangka meningkat
Aliran trafik dijangka meningkat susulan pengguna jalan raya mengambil peluang pemberian tol percuma di semua lebuh raya bermula hari ini.

'No free lunch', tiada penambahan hari tol percuma - Ahmad Maslan
Kerajaan tidak berhasrat untuk menambah bilangan hari bagi pemberian tol percuma sempena Aidilfitri tahun ini.

Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.

Jajaran WCE di Perak siap sepenuhnya, tol percuma dua bulan
WCE siap sepenuhnya dengan jajaran terakhir di Seksyen 11 yang menghubungkan Taiping Selatan, Trong dan Beruas dirasmikan, hari ini.