KUANTAN: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan sesekali melakukan aktviti rentas daerah atau negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2, masih belum boleh berbuat demikian.
Malah Ismail Sabri turut menggesa masyarakat mengambil iktibar beberapa kes lonjakan jangkitan COVID-19 yang berlaku setelah melakukan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu.
Tegas beliau, sekalipun ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu prosedur operasi standard (SOP) tidak membenarkan aktviti rentas daerah dan negeri, namun, ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang secara ‘curi-curi’ balik kampung melalui ‘jalan tikus’ semata-mata untuk meraikannya bersama keluarga.
"Saya harap semua kita mengambil iktibar daripada kes yang berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri dulu walaupun ketika itu dari segi SOP, rentas daerah, rentas negeri masih belum dibenarkan, tetapi ramai yang curi-curi balik, ramai yang ikut ikut lorong tikus dan sebagainya.
“Kalau kita lihat kes rentas negeri, kluster itu memuncak selepas itu (Aidilfitri). Kes di Terengganu misalnya, seluruh keluarga dijangkiti (COVID-19) dan ada yang meninggal dunia. Begitu juga di Kelantan, pun ada kes yang sama… jadi saya harap (kes-kes) itu menjadi iktibar kepada kita," kata beliau.
Ismail Sabri yang juga Menteri Kanan Keselamatan berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada Jumaat.
Dalam masa sama, Ismail Sabri menasihatkan masyarakat agar bersabar dan menunggu sehingga negara sudah mencapai imuniti kelompok untuk diberi kebenaran merentas daerah dan negeri di Fasa 3 dan Fasa 4.
“Tolonglah, jangan rentas negeri dan rentas daerah. Insya-Allah kalau vaksin telah dapat kita berikan kepada rakyat, bila komuniti berkelompok sudah diperoleh (melalui) Fasa 3 atau Fasa 4, rentas daerah dan rentas negeri akan dibenarkan.
“Jadi tunggulah fasa yang akan datang, Fasa 3 boleh rentas daerah dan Fasa 4 boleh rentas negeri, jadi sabarlah sedikit,” jelas Timbalan Perdana Menteri lagi.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob gesa rakyat ambil iktibar kes lonjakan jangkitan COVID-19 yang berlaku setelah melakukan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu. - Gambar fail

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.